Selamat tinggal Yahoo Groups

Kuala Lumpur: Yahoo Groups iaitu salah satu segmen milik laman web Yahoo akan menutup operasinya pada 15 Disember depan apabila platform berkenaan dilihat tidak lagi relevan terutamanya penurunan jumlah pengunjung sejak beberapa tahun lalu.

Fungsi emel di dalam Yahoo Groups akan dihentikan selepas 15 Disember, namun platform emel masih beroperasi seperti biasa.

  Ia juga salah satu perancangan strategik oleh syarikat telekomunikasi terkemuka, Verizon yang melakukan membeli laman web Yahoo pada 2017 dan pengumuman untuk penutup Yahoo Groups berkenaan dihantar menerusi emel awal pagi ini kepada semua pengguna.

  Pengumuman berkenaan menandakan berakhirnya perkhidmatan mesej terbesar di Internet suatu masa dulu sebelum kemunculan Google, Facebook dan medium masa kini.

Perkhidmatan Yahoo Groups yang dilancarkan 19 tahun lalu iaitu pada 2001 menghadapi tempoh suram dan platform berkenaan semakin dilupakan selepas kemunculan beberapa medium baharu.

Verizon memaklumkan bahawa syarikat itu tidak mempunyai perancangan untuk melakukan ‘pemulihan’ kepada segmen perkhidmatan berkenaan dan ia bakal ditutup untuk kebaikan semua pihak.

Syarikat telekomunikasi itu juga mengumumkan bahawa pengguna tidak lagi boleh memuat naik kandungan baharu seperti perbincangan menerusi platform berkenaan selepas 21 Oktober ini.-HM

 

Laman web DIY pertama diperkenalkan di Malaysia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker