Mati nak jadi cantik

Denver: Impian seorang remaja perempuan di Colorado, Amerika Syarikat untuk memiliki payudara yang cantik berakhir tragedi apabila dia maut selepas setahun tidak sedarkan diri.

Emmalyn Nguyen, 19, sebelum ini tiba-tiba koma ketika mahu menjalani pembedahan plastik bagi membesarkan payudaranya di sebuah klinik di sini pada 1 Ogos tahun lalu.

Daily Star melaporkan ketika kejadian, Emmalyn mengalami serangan jantung selepas dibius sehingga pembedahan tidak dapat dijalankan.

Berdasarkan writ saman yang difailkan keluarga remaja berkenaan, doktor bedah, Dr Geoffrey Kim hanya menghubungi talian kecemasan, lima jam selepas kejadian.

Akibat kejadian itu, remaja terbabit mengalami kerosakan pada otak kirinya dan memerlukan pemantauan berterusan daripada jururawat persendirian yang diupah keluarganya.

Awal bulan ini, dia menunjukkan petanda positif apabila dilihat tersenyum.

Namun, keadaan kesihatannya terus merosot selepas mengalami radang paru-paru kritikal pada 2 Oktober lalu.

Selepas rawatan kecemasan diberikan selain pemantauan kesihatannya, dia disahkan meninggal dunia dua hari kemudian.

“Keluarga Emmalyn kecewa dengan kejadian yang menimpa remaja itu,” kata peguam yang mewakili keluarganya, David Woodruff.

Susulan kejadian, keluarga remaja itu mengambil tindakan undang-undang kerana tidak berpuas hati dengan prosedur kecemasan yang dijalankan klinik berkenaan sehingga menyebabkan mangsa koma.

Dr Kim dan doktor bius, Rex Meeker kini berdepan tindakan undang-undang kerana menyebabkan kematian.

“Pihak keluarga sedar kejadian ini bukan sesuatu yang perlu dihebahkan, namun mereka tidak mahu kejadian sama berulang sehingga meragut nyawa individu lain,” kata kenyataan itu lagi.-HM

 

Demi Nak Cantik, ‘Influencer’ Sanggup Buat Pembedahan Plastik 60 Kali Tapi Hasilnya…

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker