Anak lelaki bongsu Trump pula dijangkiti COVID-19

Share

WASHINGTON, 15 Okt — Barron Trump, anak lelaki bongsu Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pula dilaporkan dijangkiti COVID-19.

Isteri Trump, Melania mengesahkan perkara itu pada Rabu dan kenyataan mengenainya dimuat naik dalam blog Rumah Putih.

Trump dan Melania disahkan dijangkiti virus itu pada 3 Oktober lalu.

Agensi Anadolu melaporkan Barron pada awalnya diuji negatif tetapi hasil saringan berikutnya mendapati beliau positif COVID-19.

“Ketakutan saya menjadi kenyataan. Nasib baik dia masih remaja,  kuat dan tidak menunjukkan sebarang gejala,” kata Melania.

Trump ketika ditanya mengenai keadaan anaknya sebelum meninggalkan Rumah Putih untuk menghadiri kempen pilihan raya berkata, Barron berada dalam keadaan “baik-baik saja.”

— BERNAMA

Leave a Reply