Zahid tidak tahu pertemuan Tengku Razaleigh dengan Agong

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak mengetahui tentang pertemuan antara Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dengan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara semalam

Menurut Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, beliau hanya mengetahui pertemuan tersebut menerusi laporan media sahaja dan tidak dimaklumkan oleh Tengku Razaleigh berhubung pertemuan itu.

“Saya tidak tahu, saya hanya menerima berita dari media,” katanya ketika ditemui pemberita di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari ini.

2 Pertemuan: Selepas Anwar, Tengku Razaleigh pula mengadap Agong

Ketika ditanya mengenai jumlah Ahli Parlimen UMNO yang menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahmad Zahid berkata, beliau juga tidak mengetahui tentang perkara itu.

Ahmad Zahid turut menjelaskan bahawa Barisan Nasional adalah sebahagian daripada kerajaan Perikatan Nasional di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi sokongan Ahli Parlimen BN secara individu.

“Kami adalah sebahagian daripada kerajaan Perikatan Nasional dan sokongan kepada Perikatan Nasional bukan sokongan menerusi parti tetapi ahli Parlimen,” katanya.

Ku Li potensi PM interim, Laluan Anwar berliku

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker