PPBM jangan jadi bacul tikam belakang UMNO

Share

Semalam UMNO membuat pertimbangan untuk menarik diri daripada menyokong Perikatan Nasional (PN) dan akan memberi syarat baharu kepada kerajaan di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu bagi meneruskan kerjasama politik secara perjanjian bertulis.

Perkara itu turut dipersetujui sebulat suara oleh 13 Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri yang hadir dalam Mesyuarat Biro Politik Majlis Tertinggi UMNO yang berlangsung selama dua sesi hari ini.

Mesyuarat dua sesi yang diadakan hari ini dihadiri Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan semua Pengerusi UMNO negeri kecuali Sabah.

Semua 13 yang hadir (Pengerusi UMNO negeri) sebulat suara setuju dan yakin Datuk Seri Bung Mokhtar Radin juga akan bersetuju.

UMNO sudah banyak kali ditikam belakang oleh Bersatu atau PPBM. Ini jelas semasa pemilihan anggota kabinet dan baru-baru ini dalam Pilihan Raya Sabah.

Jadi memang patut jika UMNO membuat pertimbangan untuk menarik diri daripada menyokong Perikatan Nasional. Sekiranya mereka tidak sedar diri, UMNO perlu sedarkan PPBM sebelum mereka “menelan” UMNO.

UMNO boleh bangkit bersendirian bersama Barisan Nasional dan Muafakat Nasional.

PAS juga harus utamakan piagam Muafakat Nasional daripada Perikatan Nasional. Jangan tinggal kawan di pertengahan jalan.


Sekarang tular di dalam media sosial satu hantaran “arahan kepada media PN untuk memburuk-burukkan UMNO daripada pejabat Penerangan PN.
Kita tidak pasti sejauh mana kesahihannya tetapi agenda ini memang sudah boleh dihidu sejak kebelakangan ini.

UMNO dan BN sudah tidak perlu berlembut lagi dengan PPBM. Masanya telah tiba untuk bangkit dan menyatakan pendirian tegas UMNO. UMNO kena terus tetapkan pendirian dengan menolak Mahathir, menolak Dap dan menolak Anwar.

Sebelum UMNO ditikam, BANGKIT.

UMNO timbang tarik diri sokong PN

Leave a Reply