Pengirim gambar lucah bakal dipenjara

“Hukuman dicadangkan termasuk denda dan dihukum penjara. Ia bergantung kepada jenis kesalahan individu terbabit,”

HELSINKI – Finland merancang untuk memperbaharui undang-undang kesalahan seksual yang akan menyaksikan pengirim gambar lucah bakal berdepan hukuman penjara sehingga enam bulan.

Jurucakap Kementerian Kehakiman hari ini memaklumkan, draf tersebut akan memperluaskan definisi gangguan seksual termasuk secara lisan, melalui gambar atau mesej, mengambil foto individu lain atau mendedahkan dirinya sendiri.

“Hukuman dicadangkan termasuk denda dan dihukum penjara. Ia bergantung kepada jenis kesalahan individu terbabit,” katanya.

Ketika ini, undang-undang berkaitan hanya mengakui tingkah laku dianggap sebagai gangguan seksual melibatkan sentuhan manakala perbuatan menghantar gambar lucah hanya dihukum di bawah undang-undang fitnah.

Lebih 1,700 jenayah seksual kanak-kanak direkod pada separuh pertama 2020

Jelas Penasihat Kanan Perundangan, Sami Kiriakos, draf undang-undang itu akan dibentangkan pada tahun depan.

Kajian menunjukkan gangguan seksual secara dalam talian termasuk mengirimkan imej tidak senonoh termasuk gambar alat kemaluan lelaki semakin membimbangkan.

Data diperoleh badan amal hak kanak-kanak, Plan International mendapati 51 peratus daripada 14,000 kanak-kanak atau remaja perempuan pernah menjadi mangsa gangguan seksual secara dalam talian.

“Kira-kira 35 peratus daripada mangsa berusia 15 hingga 25 tahun mengakui pernah menerima imej lucah,” jelas laporan itu lagi.

Beberapa wilayah telah mengambil langkah mengenakan larangan terhadap gangguan seksual dalam talian termasuk Scotland yang melarang perbuatan seumpama itu pada 2010 dan diikuti Texas di Amerika Syarikat yang mengenakan denda berjumlah AS$500 (RM2,069) terhadap individu yang mengirimkan imej tidak senonoh. – AFP

Polis siasat dakwaan fitnah borak lucah terhadap ulama PAS

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker