PAS perlu buat pilihan samada Umno atau PPBM, kata Kadir Jasin

A Kadir Jasin berkata, kedudukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) semakin tidak menentu susulan pengumuman Umno mempertimbangkan untuk menarik diri daripada menyokong gabungan itu.

Beliau merujuk kenyataan Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan selepas mesyuarat Biro Politik parti itu malam tadi yang
Umno mempertimbangkan untuk menarik diri daripada menyokong PN dan menetapkan syarat baru kepada kerajaan bagi meneruskan kerjasama politik.

Ahmad berkata, syarat baru Umno akan dikemukakan dalam pertemuan dengan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang dijadualkan berlangsung hari ini. Namun, Ahmad tidak memperincikan pertemuan parti itu dengan presiden PPBM berkenaan.

Kadir berkata, kenyataan Ahmad itu dilihat memberi kewibawaan kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim yang Muhyiddin sudah hilang majoritinya di Dewan Rakyat dan menjadikan kedudukan PN semakin tidak menentu.

Katanya, tindakan Umno meminta pendaftaran Muafakat Nasional (MN) sebagai parti politik disegerakan turut memberi gambaran PAS perlu membuat pendirian jelas.

“Dengan cadangan menyegerakan pendaftaran MN itu, Biro Politik Umno secara tidak langsung memberi kata dua kepada PAS, sama ada hendak terus bersama PN atau kembali kepada MN,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kadir berkata, keputusan itu juga dilihat akan memberi masalah kepada Umno kerana ia dibuat tanpa mendapat dan menunggu pengesahan Majlis Tertinggi parti itu.

“Boleh jadi jika dibawa kepada MT akan berlaku perbezaan pendapat kerana jelas ada sebahagian ahli MT yang ternyata menjadi penyokong kuat Muhyiddin kerana mereka ada jawatan empuk dalam kerajaan PN.” FMT

Kadir Jasin umum keluar Bersatu

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker