Menteri agama pulih daripada Covid-19

Share

SHAH ALAM – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri disahkan pulih daripada koronavirus (Covid-19).

Beliau juga telah dibenarkan keluar daripada wad petang ini.

“Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga Hari Kebangkitan.

Pemandu Myvi langgar mati anggota TLDM akan didakwa esok

“Saya telah dibenarkan untuk keluar dari wad pada petang ini kerana telah disahkan pulih sepenuhnya daripada Covid-19.

“Segala puji bagi ALLAH SWT yang mana dengan nikmatnya sempurna segala kebaikan,”katanya dalam kenyataan dimuat naik di Facebook beliau hari ini.

Zulkifli bagaimanapun menambah, beliau telah dinasihatkan untuk tidak bertemu dengan sesiapa buat masa ini.

“Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan saya untuk mengutamakan rehat di rumah sehingga selesai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Syarat baharu UMNO atas kehendak akar umbi

“Buat masa ini, saya disarankan untuk tidak bertemu sesiapa. Justeru, sebarang pertemuan adalah melalui sidang video sahaja. Saya akan terus memantau semua gerak kerja dan laporan agensi-agensi agama di bawah tanggungjawab saya dari rumah. Apa-apa makluman umum akan disampaikan melalui media sosial saya.

“Fokus utama saya buat masa ini adalah penyaluran bantuan kepada kelompok sasar terutamanya di WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan Selangor. Ini kerana PKPB telah bermula dan bantuan-bantuan perlu disalurkan dengan sesegera mungkin,”katanya.

Tidak dedah senarai nama satu strategi Anwar

Leave a Reply