Iskandar Samad sindir UMNO

Dulu tak pula letak syarat, bidas Pas

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad sinis mengenai keputusan UMNO membuat pertimbangan untuk menarik diri dari menyokong Perikatan Nasional (PN).

Dalam entri Facebooknya hari ini, Iskandar seolah-olah menyindir tindakan sekutunya itu selepas Mesyuarat Biro Politik Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato, PWTC, semalam.

“Masa nyawa-nyawa ikan dulu tak pulak letak syarat,” katanya yang dipercayai merujuk kepada UMNO.

Semalam, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, UMNO memutuskan untuk memberi syarat baharu bagi meneruskan kerjasama politik secara perjanjian bertulis untuk dilaksanakan secepat mungkin.

Malah, UMNO akan mencadangkan kepada Jawatankuasa Pemandu Muafakat Nasional (MN) agar pendaftaran gabungan itu didaftar segera sebagai sebuah gabungan politik yang sah.

Mesyuarat semalam dipengerusikan, Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan dihadiri Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Menurut Ahmad, keputusan yang dicapai dalam mesyuarat pada malam ini turut dipersetujui sebulat suara oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO di setiap negeri-negeri tanpa ada sebarang bantahan.

Angin perubahan tampuk pemerintahan dijangka berlaku buat kali ketiga di Malaysia apabila Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan memiliki sokongan kukuh untuk membentuk kerajaan, dalam sidang medianya pada 23 September lalu.

Ia disusuli dengan pertemuan empat mata antara Anwar dan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah semalam.

Dalam sidang media selepas pertemuan dengan Agong, Anwar mendakwa beliau menerima sokongan lebih 120 Ahli Parlimen dan dokumen sahih yang diserahkannya itu terdiri daripada akuan bersumpah dan pengesahan ketua parti. MG

Annuar sindir Anwar lagi

Related Articles

One Comment

  1. Sesiapa pun akan menyindir perangai Umno ini. Ia mempamerkan perangai lama Umno yang jijik dan buruk sebelum dimalukan dan diterajang keluar dari Putrajaya pada Pru14 dulu. Umno seperti mudah lupa, baru beberapa bulan lalu ia seperti punya nyawa2 ikan.hinggakan Zahid terpaksa “lari” dan Muhamad Hasan telah mengingatkan supaya Umno buang perangai lama yang dibenci oleh rakyat. Bukankah Tok Mat berkata ” Umno seperti ikan sembilang yang kena karbait”? Kalau tidak kerana sokongan moral dan semangat oleh PAS ketika itu mungkin Umno cuma tinggal nama. Tapi baru dapat nafas dan menang beberapa pilihanraya kecil atas sokongan padu PAS yang melihat perpaduan kaum Melayu lebih penting dari jawatan, Umno sudah mula lupa diri. Adakah Umno fikir mereka boleh dapat sokongan pengundi Melayu jika mengkhianati kerajaan Pakatan Nasional sekarang yang 100% kuasa melayu?? PAS wajib berhati2 dengan Umno apabila sifat2 munafik lama mula timbul. Jangan terjebak dengan mainan lama Umno di zaman Mahathir dulu, bilamana PAS dibuang seperti sampah apabila Umno berasa ia sudah kuat.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker