Sempoi: DS Ismail Sabri Akui ‘Tergelak Besar’ Selepas Barang Perhiasan Rumah Dibida Netizen

Budaya dan amalan membeli melalui siaran langsung atau pun secara membuat live streaming di media sosial bukanlah satu perkara yang baru dalam kalangan masyarakat kita.

Malah boleh dikatakan hampir setiap hari akan ada sahaja peniaga-peniaga dalam talian ini yang mempromosikan barang mereka menggunakan platform berkenaan.

Walaupun sidang media yang diadakan itu untuk memberitahu maklumat terkini dan keadaan semasa berhubung COVID-19 dalam negara, ia bertukar menjadi medan untuk membida buat para netizen yang menonton dari rumah.

Ia susulan daripada kabinet yang berada di belakang menteri ketika sidang media itu dipenuhi dengan barang-barang yang menarik perhatian mereka sehingga ada yang cuba berjenaka untuk membuat tawaran membeli barang-barang tersebut.

EkNqlJOU4AAn9km EkNqlJNVgAIlD3v

Tak faham

Perkara itu bagaimanapun hanya disedari beliau selepas diberitahu rakan-rakannya bahawa barang dalam kabinet yang menjadi latar belakang sidang media itu dibida oleh para netizen.

Mengakui tidak faham mengenai istilah lock seperti yang digunakan netizen beliau bagaimanapun menjelaskan tertawa besar selepas mendengar penjelasan daripada rakan-rakannya.

“Mula-mula kawan beritahu banyak barang di kabinet kena locked. Sebagai orang tua seperti saya, tergaru-garu kepala saya bila sebut lock sebab tak faham. Itu kan bahasa orang muda.

“Bila kawan saya jelaskan baru lah saya faham. Tergelak besar saya,” kongsinya di Instagram.

Sebelum ini, sidang media yang dilakukannya turut menjadi perhatian netizen apabila koleksi baju batik yang dipakai turut disamakan dengan makanan dan minuman.

Kini barang-barang perhiasan di rumahnya pula menjadi tumpuan para netizen yang setia menonton sidang media mengenai perkembangan semasa COVID-19 dalam negara kita.

“Dulu baju-baju saya jadi kek, kueh dan minuman. Kini lock atau bida barang-barang di kabinet saya pula.

“Terima kasih kepada semua netizen yang sentiasa peka dengan sidang media saya. Terima kasih kerana sentiasa menceriakan dan membuatkan saya gembira,” tambah beliau di hantaran berkenaan.

 

Kredit: TheVocket.com

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker