Covid-19 : 660 kes hari ini dengan 4 kematian lagi

Sebanyak 660 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan setakat 12 tengah hari tadi, menghampiri jumlah harian tertinggi yang pernah dilaporkan sebelum ini, 691 kes pada 6 Okt.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah melaporkan daripada jumlah tersebut, kes tertinggi dilaporkan di Sabah, iaitu sebanyak 429 kes, bersamaan 65%.

“Didapati semakin banyak aktiviti saringan di lapangan yang sedang giat dijalankan di sana dan lebih banyak keputusan ujian sampel telah mendapat keputusan,” katanya dalam kenyataan.

Terkini. 14 Okt. Sebanyak 660 kes baharu #COVID19 hari ini iaitu 654 tempatan, 6 import.

Seramai 233 pesakit telah pulih dan discaj.

Sabah (429), Kedah (113), Selangor (68), P.Pinang (17), KL (12) dan lain-lain negeri.

1 kluster baharu, 4 lagi kematian di Sabah.

PECAHAN KES BAHARU (660)

SABAH-429
197 saringan kontak rapat
78 dari kluster-kluster sedia ada
154 lain-lain saringan

SELANGOR-68
38 dari kluster-kluster sedia ada
18 saringan kontak rapat
4 kluster Kencana (baharu)
1 kes SARI
7 lain-lain saringan

KEDAH-113
112 dari kluster-kluster sedia ada
1 lain-lain saringan

P.PINANG-17
17 dari kluster-kluster sedia ada

KL-12
3 dari kluster-kluster sedia ada
2 kluster Kencana (baharu)
1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
1 saringan kontak rapat
3 import tiba dari Singapura
2 import tiba dari Indonesia

JOHOR-3
2 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
1 saringan kontak rapat

SARAWAK-3
3 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi

PERAK-3
2 saringan individu bergejala
1 Kluster Simera

MELAKA-2
1 kluster Utama
1 saringan bergejala

N.SEMBILAN-1
1 saringan kontak rapat

LABUAN-1
1 import tiba dari Filipina

#COVID19 Empat daerah zon merah di Selangor ada pertambahan kes baharu.

Hanya Sabak Bernam kekal zon hijau. PKPB telah berkuatkuasa hari ini (14 Okt) seluruh Selangor, KL dan Putrajaya.

PKPB ini bagi membendung penularan wabak.

Sabah masih terus mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 429 kes (65%).

Didapati semakin banyak aktiviti saringan di lapangan yang sedang giat dijalankan di sana dan lebih banyak keputusan ujian sampel telah mendapat keputusan.

1 kluster baharu dilaporkan hari ini, Kluster Kencana di Selangor.

Daripada 23 individu disaring, 17 dikesan positif, 4 negatif manakala 2 masih menunggu keputusan.

Berita lanjut menyusul

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker