Beranikah Muhyiddin dapatkan SD dari ahli parlimen yang menyokongnya, tanya Mahfuz

Surat dari ketua parti menunjukkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat membuktikan beliau mempunyai sokongan majoriti dari ahli parlimen, kata Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar.

Mahfuz berkata, ketika Anwar menunjukkan sokongannya menerusi surat ketua-ketua parti, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pula hanya menyerahkan pada kuasa budi-bicara Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Sepatutnya Muhyiddin mengemukakan senarai ahli-ahli Parlimen yang menyokongnya jika beliau yakin mendapat sokongan majoriti.

“Beranikah Muhyiddin mendapatkan surat akuan bersumpah dari ahli-ahli Parlimen untuk membuktikan sokongan kepada beliau?” katanya kepada Astro AWANI, di sini hari ini.

Mahfuz mengulas kenyataan Istana Negara tentang pertemuan Al-Sultan Abdullah dengan Anwar pada Selasa.

Sementara itu, mengulas mengenai usaha kerajaan dalam menangani COVID-19, Mahfuz menyifatkan Muhyiddin gagal dalam menyediakan perancangan menghadapi pandemik COVID-19 khususnya dalam memacu ekonomi negara dalam fasa norma baharu.

Pada Selasa, Istana Negara memaklumkan bahawa Anwar tidak menyerahkan kepada Yang di-Pertuan Agong senarai nama ahli Dewan Rakyat yang beliau mendakwa menyokongnya untuk membentuk sebuah kerajaan baharu dengan lebih 120 majoriti yang didakwa diterima dari beberapa fragmen parti politik di negara ini.

Sebaliknya, Presiden PKR itu hanya mengemukakan jumlah mereka yang menyokongnya dalam pertemuan yang berlangsung kira-kira 25 minit itu.

Tidak dedah senarai nama satu strategi Anwar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker