19 anggota IPD Cheras positif Covid-19

KUALA LUMPUR – Seramai 19 anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras disahkan positif Covid-19, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin.

Tanpa mendedahkan butiran lanjut, beliau berkata, terdapat sebahagian daripada anggota dari IPD Cheras yang masih menunggu keputusan secara berperingkat daripada Pegawai Kesihatan Daerah.

“Walaupun mereka (19 anggota positif Covid-19), operasi balai dan IPD Cheras tetap berjalan seperti biasa dan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dalam usaha mengekang penularan Covid-19,” katanya kepada Bernama.

“Anak saya sampai buang limpa…” – Bapa mangsa langgar lari, mahu cari pemandu Myvi

Dalam perkembangan berasingan Saiful Azly berkata, sebanyak 29 sekatan jalan raya dilakukan di sekitar ibu negara dan Putrajaya, susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 12.01 tengah malam ini.

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan bersetuju melaksanakan PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula 12.01 tengah malam 14 Oktober (tengah malam ini) hingga 27 Oktober.

Keputusan itu dicapai pada Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mendapat nasihat Kementerian Kesihatan dan mengambil kira peningkatan kes dan penularan Covid-19 seperti di daerah Klang, Petaling serta daerah Gombak. – Bernama

Siapa Agaknya Bekas Presiden Itu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker