Vaksin COVID-19: China setuju jadikan Malaysia penerima utama, kata Hishammuddin

Share

Republik China bersetuju meletakkan Malaysia dalam senarai negara utama untuk mendapatkan bekalan vaksin COVID-19.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, bekalan itu akan diagihkan selepas negara itu berjaya membangunkan dan selesai menjalani ujian klinikal vaksin berkenaan.

“Kami menyambut baik dan menghargai komitmen China dalam menyediakan vaksin COVID-19 kepada kita selepas ia berjaya dibangunkan kelak selain menyenaraikan Malaysia sebagai penerima utama.

“Kami juga menyambut baik kesepakatan China untuk mendorong perusahaan negara itu dalam menjalin kerjasama serentak dengan rakan kongsi Malaysia dalam penyelidikan dan pengembangan vaksin serta pengedarannya,” katanya dalam sidang media di sini pada Selasa.

Terdahulu Hishammuddin menerima kunjungan rakan sejawatannya dari China, Wang Yi yang mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, kedua-dua pihak turut bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Tahap Tinggi dalam menzahirkan kerjasama Memorandum Persefahaman (MoU) Era Pasca COVID-19.

Jelas beliau, jawatankuasa itu akan dipengerusikan kementerian kedua-dua negara bagi mengawasi pelaksanaan dan perbincangan semua aspek dalam kerangka MoU berkenaan.

“MoU ini menyediakan kerangka kerja kerjasama pragmatik yang luas antara kedua-dua negara pasca COVID-19 dan saya berharap dapat menandatangani MoU ini secara peribadi dalam lawatan saya kembali ke Beijing apabila keadaan mengizinkan,” katanya. Awani

Umno tidak akan sertai PN secara rasmi, hanya MOU

Leave a Reply