PWTC jadi tumpuan petugas media

KUALA LUMPUR – Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menjadi tumpuan petugas media malam ini susulan difahamkan UMNO akan mengadakan mesyuarat biro politik parti itu bagi membincangkan isu semasa termasuk situasi terkini politik negara.

Petugas media daripada pelbagai agensi didapati mula berkumpul di lokasi ini seawal jam 8 malam lagi.

Difahamkan, antara pemimpin yang terawal tiba adalah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Hari ini, suhu politik negara kembali panas apabila Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pagi tadi bagi mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti ahli Parlimen yang didakwa menyokongnya.

Sejurus itu, pada sidang akhbarnya jam 2 petang tadi, Anwar memaklumkan bahawa beliau memberi ruang kepada Yang di Pertuan Agong untuk meneliti senarai lebih 120 ahli Parlimen yang memberi sokongan kepada beliau sebelum memperkenankan permohonan pembentukan kerajaan baharu bagi menggantikan kerajaan Perikatan Nasional (PN) kelak.

Tuduh Kerajaan PN Tidak Sah? Itu Satu Tindakan Mencabar Kuasa Yang di-Pertuan Agong – Ismail Sabri

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker