Isu Anwar : Saya serah kepada Agong, kata Muhyiddin

Share

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata beliau menyerahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk membuat keputusan berhubung dakwaan Presiden PKR Anwar Ibrahim memiliki majoriti dalam Dewan Rakyat.

“Saya sebenarnya tidak mengikuti perkara itu.

“Saya serahkan kepada kebijaksanan Yang di-Pertuan Agong. Tuanku adalah seorang yang bijaksana, faham dari sudut peranan baginda sebagai yang di-Pertuan Agong. Peruntukan dalam perlembagaan dan sebagainya itu adalah dalam kuasa penuh Yang di-Pertuan Agong.

“Maka kita harus memberikan kepercayaan kepada baginda untuk memutuskan apa yang sepatutnya diputuskan,” katanya dalam sidang media yang diadakan secara maya hari ini.

Menurut Muhyiddin, keutamaannya kini adalah untuk menguruskan ekonomi negara yang terjejas akibat Covid-19.

“Saya masih berada di sini sebagai perdana menteri. Tugas dan amanah saya mesti dilaksanakan.

“Perhatian utama adalah menguruskan masalah Covid dan menguruskan masalah ekonomi negara,” katanya.

Leave a Reply