Anwar akan hadap Agong 11 pagi, kata sumber

Presiden PKR, Anwar Ibrahim dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada 11 pagi ini, kata sumber.

Bulan lalu, Anwar mendakwa beliau mempunyai “sokongan dan majoriti kukuh serta meyakinkan” daripada ahli Parlimen pelbagai parti untuk menubuhkan kerajaan baru.

Ketua pembangkang itu kemudiannya berkata, Agong sudah menerimanya untuk menghadap, tetapi terpaksa ditangguhkan kerana Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada 21 Sept lalu.

Presiden PKR, Anwar Ibrahim, mengumumkan akan menghadap Agong pada Selasa depan.

“Pada majlis mengadap tersebut saya akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti ahli Parlimen yang kukuh dan meyakinkan seperti mana yang saya sebut sebelum ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Saya ingin menjunjung kasih kerana Ke bawah Duli Tuanku telah memperkenankan untuk saya mengadap pada hari Selasa, 13 Oktober , Insya-Allah.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker