Iktibar Malaysia: Apabila India batalkan Hak Autonomi Rakyat Kashmir Artikel 370 dan 35 A

by Mohammed Nik Faisullah Reed 

Setelah berfikir panjang saya telah membuat keputusan yang sangat berat kerana ia akan memberi kesan kepada perniagaan dan hubungan saya dengan rakan-rakan saya di India apabila saya menulis tentang isu ini. Tetapi demi agama dan bangsa saya, saya akan menulis tentang apa yang sedang berlaku di Kashmir. Untuk makluman saya mempunyai hubungan yang sangat luar biasa dengan teman-teman India saya di India dan mereka semua bukan umat Islam tetapi kebanyakan daripada mereka adalah penganut agama Buddha.

Untuk beberapa tahun pengalaman saya mengunjungi India banyak yang saya telah pelajari tentang India lebih-lebih lagi tentang Jammu dan Kashmir iaitu sebuah wilayah autonomi majoriti Islam di pergunungan Himalaya. Tiga minggu yang lalu semasa misi mangayuh basikal dari Manali ke Leh saya telah menerima sebuah berita yang agak kurang senang mengenai kemelut politik antara Kerajaan pusat dan Kerajaan wilayah Kashmir. Saya menunggu supaya saya pulang ke tanahair untuk saya menulis apa sebenarnya yang sedang berlaku di Kashmir.

Kita di Malaysia harus mengambil iktibar supaya jangan sampai nasib bangsa Melayu dan umat Islam disini menjadi sebegini.

Seperti kita tahu bahawa pilihanraya yang lalu parti BJP di India memenangi pilihanraya yang lalu buat penggal kedua. Ramai tidak menyangka parti ini dapat memenangi pilihanraya yang lalu dengan majoriti yang lebih besar daripada pilihanraya sebelum ini.

Satu pekongsian untuk renungan bersama. Semalam Parliman India telah meluluskan undang-undang membatalkan Artikal 370 dan 35 A iaitu Hak Autonomi Rakyat Kashmir.

Selepas India merdeka dari Britain 1947, Kashmir sebuah wilayah majoriti Islam di pergunungan Himalaya telah diberi separuh kepada Pakistan dan separuh lagi kepada India.

Kashmir di sebelah India semasa mereka merdeka bersama India diberi autonomi di bawah Artikal 370:

Semalam Artikal 370 telah dilupuskan apabila mejoriti ahli Parlimen di India memilih untuk lupuskan hak autonomi rakyat Kashmir kerana ini adalah janji kerajaan BJP yang memenangi pilihanraya buat penggal kedua pada pilihanraya yang lalu. Ramai tidak tahu bahawa parti BJP ini adalah sebuah parti seperti parti DAP di Malaysia yang lantang menentang Islam dan umat Islam di India dan sebuah parti yang disokong oleh militan Hindu waktu pilihanraya baru-baru ini dengan tujuan untuk menjayakan impian kebanyakan orang yang beragama Hindu di India untuk menghindukan Kashmir. Dengan pembatalan Artikal 370, bermaknalah:

Kashmir hilang autonomi dan ditadbir terus oleh Kerajaan Pusat di New Delhi,
Ketua Menteri tidak semestinya Islam walaupun majoriti penduduk Islam,
Orang Hindu dari luar Kashmir boleh bermastautin dan membeli tanah di Kashmir.
Ini adalah kejayaan besar buat parti BJP dan orang hindu setalah puluhan tahun India merdeka kini mereka berjaya dapat memiliki wilayah Kashmir dan membanjiri wilayah ini serta mengubah lanskap demografi Kashmir dari negeri majoriti Islam kepada negeri majoriti Hindu.

Pengajaran untuk kita semua, seteruk-teruk orang Islam kita ia lebih baik daripada orang Kafir.

Perkara ini akan berlaku kepada kita apabila kita tidak mempunyai suara majoriti Parlimen dan adakah Islam akan terbela jika ini berlaku?

Saya tidak mahu mencampuri urusan politik di India tetapi ingin saya menasihati umat Islam di Malaysia khususnya marilah kita bersatu menentang sesiapa sahaja dikalangan kita yang menolak Islam dalam mengurus negara kita sebagai sebuah negara Islam.

Fikirlah sebelum membuat keputusan untuk memilih kafir-kafir ini memerintah pada pilihanraya akan datang. Sekarang ini sahaja kita dah boleh rasakan yang apa mereka-mereka ini lakukan dan melayan kita sebagai tuan tanah dan umat Islam di negara kita sendiri seperti pengemis mengemis di negara sendiri.

Kini tragedi seperti di Palestin berulang semula tetapi kali ini di Kashmir pula. Jagalah baik-baik negara kita jangan sampai ia tergadai!!!

[http://sabahkini2.com/en/news/2159/iktibar-malaysia-apabila-india-batalkan-hak-autonomi-rakyat-kashmir-artikel-370-dan-35-a/view]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker