Terpanjang Di Dunia! Gadis Ini Pecah Rekod Kaki Kiri Cecah 135cm Manakala Kanan Pula…. [ VIDEO ]

Seorang gadis berasal dari Texas, Amerika Syarikat menjadi tumpuan dunia apabila dinobatkan sebagai remaja yang memiliki kaki terpanjang.

Pengiktirafan tersebut dikeluarkan sendiri oleh Guiness World Record.

Menerusi laporan CNN, gadis berkenaan, Maci Currin, 17, memiliki kaki kiri sepanjang 135 sentimeter (cm) manakala 134 cm pada sebelah kanan.

Menurut Currin, dia berharap pengiktirafan tersebut memberi inspirasi kepada semua wanita dan remaja yang mempunyai badan tinggi.

“Saya harap semua menganggap ketinggian dimiliki mereka sebagai satu keistimewaan dan bukannya kekurangan.

“Saya sendiri tak ambil peduli apa yang orang sekeliling fikir tentang saya,” katanya.

Difahamkan, populariti Currin kini semakin meningkat naik apabila akaun Instagramnya mempunyai 50,000 pengikut manakala 1.7 juta pengikut di TikTok.

Menerusi kedua-dua platform berkenaan, Currin juga dilihat sering berkongsi pelbagai video untuk memberi inspirasi kepada pengikutnya untuk yakin dengan bentuk badan mereka-Gempak

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=JAsvK6XzLAY[/embedyt]

Sumber : CNN
Gambar : Metro.UK

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker