Semua penjaja Jalan Pantai diarah hentikan perniagaan oleh DBKL

Kuala Lumpur – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL mengarahkan semua penjaja tepi jalan di sekitar Jalan Pantai untuk menghentikan aktiviti jualan buat sementara waktu.

Melalui satu notis yang diedarkan, tindakan itu ekoran kewujudan kes yang melibatkan kluster baharu iaitu Jalan Pantai.

“Susulan kewujudan kes Covid-19 (kluster Jalan Pantai) di sekitar jalan ini. DBKL mengarahkan semua penjaja tepi jalan pantai dinasihatkan untuk menghentikan aktiviti penjajaan buat sementara waktu sehingga rantaian jangkitan dapat diputuskan.



 

Polis sahkan Anwar diminta ke Bukit Aman atas tarikh pilihannya sendiri



 

“Kerjasama semua pihak amatlah diharapkan bagi mengurangkan pergerakan orang ramai ke kawasan ini,” memetik kenyataan notis yang dikeluarkan sebentar tadi.

Untuk rekod sehingga Jumaat lalu, Kementarian Kesihatan Malaysia memaklumkan sebanyak lapan kes positif Covid-19 telah dicatatkan melibatkan Kluster Jalan Pantai.



Najib smash Mahathir, Dun Sabah bubar sebab Shafie sanggup mati

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker