Kadir kekal jadi balaci medsos Mahathir

Serdang 4 oct 2018 Datuk A. Kadir Jasin during the national media coference at UNITEN
pic razak ghazali
Oleh Puad Zarkashi

KADIR KATA ANWAR PECAH BELAHKAN UMNO

Betulkah kerana Anwar jumpa YDP Agung esok, UMNO pula yang berpecah belah?

Itulah dakwaan A Kadir Jasin. Kadir lupa 22 bulan Tun M berusaha memadamkan UMNO dengan kuasa, fitnah dan Mahkamah. Akhirnya PH dan Mahathir yang padam.

Hakikat yang Kadir Jasin kena akui ialah tindakan Anwar esok menjadikan Tun M tidak relevan dan terpinggir.

Buatlah apa pun. UMNO tetap sama kerana UMNO adalah parti akar umbi. UMNO bukan bersandar semata mata pada kuasa.

Sebab itu bila hilang kuasa, UMNO bangkit sedikit demi sedikit. Kini UMNO kembali berkuasa di Johor dan Melaka. Termasuk berkongsi kuasa di Sabah, Kedah dan Perak.

Tetapi Bersatu-Mahathir berkecai bila tidak ada kuasa. Bersatu-Muhyiddin masih hidup kerana manipulasi kuasa oleh budaknya Hamzah Zainuddin.

UMNO sudah biasa dengan game plan untuk menjahanamkannya. Sama ada Tun M, Muhyiddin-Hamzah atau Anwar, UMNO bukan kecil anak untuk ditalqinkan.

Silap silap game Anwar esok makan diri.

Kadir Jasin pula kekal jadi balaci media sosial kepada Tun M.

Kadir Jasin sindir anggota Kabinet, Azmin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker