Buat para penyokong Perdana Menteri ke 9, esok tiada perhimpunan – PKR

Share

PKR, Anwar Ibrahim dijadual mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah di Istana Negara esok.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail meminta anggota parti itu tidak berhimpun di mana-mana lokasi terutama di jalan-jalan utama menuju Istana Negara.

Saifuddin juga memohon semua rakyat Malaysia bertenang ketika majlis mengadap itu berlangsung, termasuk jika berlaku sebarang proses selepas itu.

“Semua anggota PKR adalah diarah tidak mengadakan perhimpunan atau berkumpul di mana-mana tempat, terutama di jalan-jalan utama menuju Istana Negara.

“Saya juga pohon agar semua rakyat Malaysia bertenang sambil majlis menghadap ini berlangsung, termasuk jika berlaku sebarang proses selepas itu.

“PKR mengingatkan semua Ahli-Ahli Parlimen agar terus berkhidmat di kawasan masing-masing dan mengutamakan isu kebajikan serta nasib rakyat di kala pandemik Covid-19 menular,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Esok adalah penentu politik Anwar Ibrahim!

Minggu lalu, Anwar mengesahkan akan mengadap Yang di-Pertuan Agong pada 13 Okt untuk mempersembahkan butiran bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun pelbagai pihak, termasuk anggota parlimen Umno mempertikaikan dakwaan bahawa Anwar mempunyai sokongan mencukupi.

Sebelum ini, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu tidak dapt menghalang mana-mana anggota parlimennya untuk menyokong Anwar.

Sementara itu, polis telah memanggil presiden PKR itu berhubung senarai 121 anggota Parlimen yang dikatakan menyokongnya sebagai perdana menteri seperti yang tular di media sosial.

Siasatan dibuat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan.

Anwar sebagai PM-9, Perlumbaan yang hampir ke garisan penamat

Beberapa anggota parlimen Umno, termasuk Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim dan Ahli Parlimen Besut, Idris Jusoh, telah membuat laporan polis untuk menafikan penglibatan mereka dalam senarai berkenaan.

Pada 23 Sept lalu, Anwar pada satu sidang media mendakwa mempunyai sokongan yang “kukuh dan menyakinkan” untuk menubuhkan kerajaan persekutuan dan mempunyai “dokumen tetap yang tidak boleh diragui” bagi membuktikannya.

Dia turut berkata telah diperkenan untuk mengadap Al-Sultan Abdullah pada hari sebelumnya tetapi terpaksa ditangguhkan susulan kegeringan baginda.

Seri Paduka dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak 21 Sept dan berangkat pulang ke Istana Negara pada 3 Okt lalu.

‘Kenyataan Zahid buatkan Anwar lebih yakin’

Leave a Reply