2 lagi sekolah di Kedah ditutup

Alor Setar: Dua sekolah di sini, ditutup mulai hari ini sehingga 18 Oktober berikutan laporan berlaku penularan pandemik Covid-19 dalam kalangan murid dan pelajarnya.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah dalam pekelilingnya, memaklumkan sekolah terbabit adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultanah Asma dan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampong Gelam.

Menurutnya, semua murid, pelajar, guru dan anggota kumpulan pelaksana dikehendaki menjalani proses kuarantin di rumah mengikut prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan pihak berkuasa.

“Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sudah memaklumkan bahawa Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan Covid-19 memutuskan mana-mana sekolah yang mempunyai kes positif pandemik itu perlu ditutup.

“Penutupan selama tujuh hari boleh dibuat tanpa menunggu analisa risiko Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membolehkan kerja pembersihan dan disinfeksi dijalankan,” katanya.

Beliau berkata, guru dibenarkan bekerja dari rumah serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kesesuaian mengikut keupayaan akses kepada komunikasi murid sepanjang tempoh penutupan.

Sehingga hari ini, terdapat enam sekolah ditutup di seluruh Kedah dengan empat daripadanya ditutup mulai semalam hingga 17 Oktober.

Sekolah terbabit adalahSekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baling serta SMK Bongor, di daerah Baling dan SMK Bukit Payong dan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Pak Kiau di Pokok Sena. HM

https://mykmu.net/2020/10/07/teacher-at-smk-taman-sea-in-pj-tests-positive-for-covid-19/urup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker