TV Sarawak, TVS kini di saluran 122 Astro

Share

Stesen televisyen pertama Sarawak, TVS jadi realiti

Stesen televisyen pertama milik Sarawak, TVS mula bersiaran di saluran 122 Astro hari ini.

Stesen penyiaran itu adalah merupakan cetusan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Seri Abdul Taib Mahmud dan disokong oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Dengan tema ‘Menginspirasikan Duniamu’, TVS menjanjikan pelbagai kandungan rancangan yang segar serta menghiburkan untuk tontonan segenap masyarakat di seluruh negara.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Media Group (SMG), Suhaimi Sulaiman, TVS akan menyiarkan pelbagai drama bersiri, telemovie, dokumentari, bual bicara, animasi serta saluran berita dalam dan luar negara.

“Apa yang kita buat di TVS, kita bekerjasama dengan pemain-pemain ataupun mereka yang menghasilkan dokumentari, majalah, drama dan mereka semua adalah anak Sarawak.

“Jadi mereka mempunyai produksi dan sekiranya dulu mereka tidak ada platform untuk mengetengahkan hasil mereka, sekarang platform tersedia ada.
“Kita telah pun melakukan ‘pitching session’ di mana hasil-hasil mereka dapat dilihat dalam masa tiga bulan,” katanya dalam ketika bersiaran langsung dalam rancangan AWANI Sarawak.

Tambahnya lagi, kelahiran jenama baharu penyiaran khas dari Bumi Kenyalang itu dilihat dapat menjadi platform utama untuk mengetengahkan lagi bakat-bakat baharu serta penggiat industri media kreatif tempatan serta karya mereka.

“Kita bekerjasama dengan mereka yang mempunyai nama-nama besar supaya dapat menghasilkan program atau kandungan yang mana dapat kita gunakan agar dapat diikuti oleh orang lain.

“Dalam masa tiga bulan, kita akan dapat melihat hasilnya. Semua itu sudah dirancang dengan rapi,” ujarnya.

Kata beliau, kandungan yang dihasilkan meskipun dari Bumi Kenyalang, ia akan dipastikan sesuai dengan kandungan semasa.

Beliau berkata demikian semasa ditemu bual dalam rancangan berita AWANI Sarawak pada Sabtu. Awani

Hukum sewa isteri haram, mufti tegur drama Astro

Leave a Reply