Tak sempat jual ‘harta karun’ RM21.6j

Share
Gambar Hiasan

London: Seorang lelaki di United Kingdom tidak sempat menikmati keuntungan daripada hasil jualan koleksi ‘harta karun’ miliknya apabila meninggal dunia secara tiba-tiba akibat serangan jantung.

Ramann Shukla, 64, yang sebelum ini bertugas sebagai pengaturcara komputer sebelum ini menghabiskan tempoh 20 tahun untuk mengumpul lebih 60,000 barangan.

Semua barangan berkenaan disimpan di sebuah rumah dengan tiga bilik, sebuah flat yang disewa, dua garaj dan 24 tong beroda.

 

RAMANN Shukla.
RAMANN Shukla.

 

Barangan terbabit merangkumi koleksi gambar negatif misi angkasa lepas Apollo dan ribuan item memorabilia kumpulan Beatles.

Selain itu, gambar dan surat ditandatangani oleh John F Kennedy, Winston Churchill, Gandhi dan Elvis Presley.

Turut dijumpai ialah koleksi sukar ditemui seperti 6,000 komik vintaj, 4,000 buku, 3,000 set bahan kimia dan 12 gitar Rickenbacker dari 1960-an hingga 1970-an.

 

KOLEKSI gambar negatif dan akhbar misi angkasa lepas Apollo. FOTO Unique Auctions
KOLEKSI gambar negatif dan akhbar misi angkasa lepas Apollo. FOTO Unique Auctions

 

Ketika hayatnya, lelaki itu berhajat menjual semua barangan itu bagi menampung kehidupan selepas bersara.

Jiran kepada Shukla berkata, sebuah van penghantaran Royal Mail sering dilihat menghantar bungkusan ke rumah lelaki itu yang terletak di Nottingham, pada setiap Jumaat sejak 2002.

 

SEBAHAGIAN barangan yang dikumpul Shukla ketika hayatnya. FOTO Unique Auctions
SEBAHAGIAN barangan yang dikumpul Shukla ketika hayatnya. FOTO Unique Auctions

 

Apa yang yang mengejutkan sebilangan besar bungkusan itu belum dibuka dan nilai semua barangan berkenaan itu dianggarkan empat juta pound sterling (kira-kira RM21.6 juta).

‘Harta karun’ itu akan dilelong pada satu acara khas antara 22 hingga 25 Oktober ini.

 

SEMUA barangan disimpan di sebuah rumah dengan tiga bilik, sebuah flat yang disewa, dua garaj dan 24 tong beroda. FOTO Unique Auctions
SEMUA barangan disimpan di sebuah rumah dengan tiga bilik, sebuah flat yang disewa, dua garaj dan 24 tong beroda. FOTO Unique Auctions

 

Sementara itu, Ketua Lelongan di Unique Auctions, Terry Woodcock yang terkejut dengan penemuan koleksi itu berkata, apa yang dilakukan lelaki itu sungguh luar biasa dan sukar dipercayai.

“Saya bertemu adik kepada pemilik rumah itu dan dia sendiri tidak menyangka abangnya selama ini menjalani kehidupan seperti itu.

 

KOMIK vintaj. FOTO Unique Auctions
KOMIK vintaj. FOTO Unique Auctions

 

“Rumah dan garaj lelaki itu penuh dengan barangan.

“Saya dan adiknya tidak tahu bagaimana dia membayar semua barangan berkenaan,” katanya seperti dipetik portal The Sun.

Katanya, lapan orang ditugaskan dalam tempoh enam minggu untuk mengosongkan semua barangan dalam rumah lelaki itu.

 

LAPAN orang ditugaskan dalam tempoh enam minggu untuk mengosongkan semua barangan milik Shukla. FOTO Unique Auctions
LAPAN orang ditugaskan dalam tempoh enam minggu untuk mengosongkan semua barangan milik Shukla. FOTO Unique Auctions

Leave a Reply