Senarai lokasi terjejas Covid-19 (11 Okt)

Berikut adalah lokasi dilaporkan terjejas Covid-19 hari ini dan telah disahkan.

Bagaimanapun, senarai ini tidak termasuk lokasi yang ditutup sementara menunggu keputusan ujian individu dalam siasatan.

Lokasi-lokasi ini juga telah disanitasi.

Malaysiakini akan mengemas kini senarai ini sekiranya ada lokasi baru diumumkan.



Sekiranya anda mengetahui lokasi yang diumumkan hari ini tetapi tidak disenaraikan di sini, sila hantarkan e-mel ke [email protected].

Untuk senarai lokasi yang terjejas dalam 30 hari sebelum ini, sila lawati laman khas Covid-19 Tracker yang dibangunkan Kini News Lab.

Kediaman

Pangsapuri Fadason Business Centre, Kepong



Pihak pengurusan pangsapuri semalam mengesahkan dalam surat edaran kepada penghuninya bahawa salah seorang penghuninya telah positif Covid-19.

Sejak itu, kawasan awam itu telah dibasmi kuman secara menyeluruh.

Pangsapuri Desa Lembah Permai, Ampang
Adun Lembah Jaya Haniza Talha mengesahkan bahawa seorang penduduk di sini telah disahkan positif Covid-19.

Kerja pembersihan dan pembasmian kuman telah dilakukan di bangunan pangsapuri.



Premis

Pusat Kiropraktik IMU, Bukit Jalil
Salah seorang kakitangan mereka diuji
positif Covid-19 pada 10 Oktober, kata pihak pengurusan dalam satu kenyataan.

Individu itu dikatakan belum pernah ke premis mereka sejak 9 Oktober dan telah dimasukkan ke hospital.

Premis ini ditutup untuk kerja pembersihan dan pembasmian kuman dan akan beroperasi semula setelah mendapat izin dari Kementerian Kesihatan.



Pejabat Bersatu, Perak

Pembantu setiausaha agung Bersatu dan Ahli Parlimen Larut Hamzah Zainuddin disahkan positif Covid-19.

Hamzah kini sedang menjalani kuarantin.

Kerja pembasmian kuman sudah dijalankan di pejabat tersebut. Mk



Cecair pembasmi kuman dan pelitup muka disediakan sekolah, bukan guru

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker