Pemuda Pas kecam guna taktik kotor heret institusi Istana

SHAH ALAM – Pemuda Pas mengecam tindakan individu yang didakwa menggunakan taktik kotor dengan mengheret institusi istana sebagai modal berkepentingan kerana tamak dan kemaruk kuasa.

Ketuanya, Ir Khairil Nizam dalam satu kenyataan yang dikaitkan dengan tindakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Selasa ini.

Menurutnya, bagi pandangan Pemuda Pas, suasana begini amat dicela seolah mahu memberi ‘ugutan’ dan ‘hasutan’ yang berterusan terhadap keputusan Yang di-Pertuan Agong.

“Yang di-Pertuan Agong yang telah memperkenan Perdana Menteri kini bukanlah seorang yang ‘diyakini memiliki majoriti Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan’ seperti yang telah termaktub di dalam Perlembagaan.

“Bukanlah suatu yang rahsia di mana jika di ingat kembali bagaimana situasi konflik politik pada Mac yang menyaksikan Agong terpaksa memanggil seorang demi seorang Ahli Parlimen untuk menyatakan sokongan manakah yang mereka telah berikan apabila akuan bersumpah (SD) yang dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong menemui jalan buntu.

“Adakah pemimpin ini mahukan perkara ini diulang semula?

Tuduh Kerajaan PN Tidak Sah? Itu Satu Tindakan Mencabar Kuasa Yang di-Pertuan Agong – Ismail Sabri

Seakan-akan mengajar pihak istana pula bagaimana mahu mentadbir negara sedangkan institusi berkenaan bukanlah serendah itu mahu diperkotak-katikkan oleh pemimpin seperti ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Anwar mengesahkan beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong pada Selasa ini bagi mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti ahli Parlimen yang menyokongnya yang didakwa kukuh dan meyakinkan.

Majlis menghadap itu dikatakan bagi membolehkan ketua pembangkang itu mempersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong senarai nama Ahli Parlimen yang menyokong beliau untuk menubuhkan kerajaan.

Ini juga pendirian kedua parti itu selepas Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin mengeluarkan kenyataan yang menegaskan parti itu tetap menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Mengulas lanjut, Khairil berkata, Pemuda Pas akan terus mengikuti secara rapat apa yang akan berlaku pada 13 Oktober ini, yang dikatakan mempunyai majoriti yang ‘kukuh dan diyakini’.

Namun katanya, jika ianya adalah sekadar retorik, Pemuda Pas tidak teragak untuk mengadakan bantahan di seluruh negara dan mengheret ‘perangai’ ini kepada pihak berkuasa atas penghinaan terhadap institusi istana dan cubaan menghuru-harakan keharmonian negara.

Dalam masa yang sama, Pemuda Pas menyeru untuk semua ahli politik kerajaan terus jujur dan ikhlas memperteguhkan sokongan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal dipertahankan sehingga ke Pilihan Raya Umum ke 15, demi mengutamakan agenda rakyat dan usaha melawan musuh koronavirus (Covid-19).

Anwar tidak akan jadi PM-9, Impian yang tetap berakhir dengan angan – angan

Related Articles

Back to top button