MySejahtera: Alasan Internet ‘semput’ menyebabkan ‘poket semput’

Share

GOMBAK – Beberapa pengunjung kedai makan memberi alasan rangkaian internet perlahan menyebabkan mereka tidak memuat turun aplikasi MySejahtera.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, perkara itu diketahui selepas pemeriksaan di beberapa kedai makan di sekitar Bandar Baru Selayang semalam.

“Pemeriksaan bermula jam 9 malam kita dapati ada pengunjung tidak membuat pendaftaran melalui aplikasi MySejahtera serta buku yang disediakan premis.

“Ketika ditanya alasan tidak berbuat demikian, mereka memaklumkan tidak memuat turun aplikasi MySejahtera serta rangkaian internet perlahan selain lupa menulis maklumat pada buku disediakan.

“Bagi kami, alasan itu tidak dapat diterima memandangkan sudah lama kerajaan memperkenalkan aplikasi ini,” katanya ketika mengetuai Operasi Pematuhan SOP di lokasi.

Penggunaan aplikasi MySejahtera di premis akan diwartakan WAJIIB

Arifai mengetuai Operasi Pematuhan SOP di premis di sekitar Bandar Baru Selayang, Gombak semalam.

Menurutnya, sebanyak 53 kompaun dikeluarkan membabitkan pengunjung termasuk 10 pemilik premis di Gombak kerana didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan pihak berkuasa.

“Antara kesalahan yang dilakukan pemilik premis adalah tidak menyediakan laluan berasingan untuk pengunjung serta tidak menyelenggara buku pendaftaran termasuk membiarkan buku pendaftaran tidak dijaga pekerja.

“Operasi seperti ini akan dijalankan secara konsisten bagi memastikan penduduk mematuhi SOP ditetapkan kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19,” katanya.

Katanya, kesemua individu yang dikenakan kompaun itu diwajibkan menyelesaikannya dalam tempoh 14 hari di pejabat kesihatan.

E-Penjana (My Sejahtera), Sudah Boleh Tuntut Sekarang

Leave a Reply