MCA tetap bersama BN, tolak Anwar hingga akhirnya

Share

SHAH ALAM – MCA berpendirian untuk bersama BN dan tidak menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baharu.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon berkata, keputusan itu dibuat oleh Biro Politik MCA yang bermesyuarat dengan Presidennya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Beliau berkata, MCA berpegang teguh dengan keputusan Barisan Nasional (BN) yang tetap untuk tolak Anwar dan tidak akan bersama ketua pembangkang itu dalam penubuhan kerajaan.

Anwar tidak akan jadi PM-9, Impian yang tetap berakhir dengan angan – angan

“MCA juga menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terutama dalam keadaan negara memerangi Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tegasnya, kestabilan politik merupakan prasyarat untuk memangkin pertumbuhan ekonomi dan menarik lebih banyak pelaburan asing ke Malaysia.

“Oleh itu, wajar bagi semua parti politik tolak Anwar dan memfokuskan usaha mereka kepada pemulihan ekonomi dan menghentikan semua pergolakan politik yang mengorbankan rakyat,” katanya.

Anwar sebagai PM-9: Agong dijangka buat verifikasi panggil semula semua Ahli Parlimen

Leave a Reply