Kerjasama Anwar, Dap dengan UMNO macam Raja Bersiong

Seorang pemimpin Umno berkata tidak mustahil DAP akan sanggup bekerjasama dengan ahli Parlimen partinya dalam rancangan Anwar Ibrahim untuk bentuk kerajaan baharu, kerana DAP pernah bekerjasama dengan parti atau orang yang dikutuknya.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Ahmad Shabery Cheek, menyenaraikan parti-parti itu, seperti PAS dan PPBM, dan ahli politik, antaranya Dr Mahathir Mohamad dan Anwar.


“Yang belum lagi Umno,” kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Ahmad Shabery Cheek.

“Tidak mustahil gajah boleh terbang. Syaratnya naik kapal terbang,” tambahnya.



Shabery mengulas laporan FMT yang melaporkan penganalisis tidak menolak kemungkinan DAP akan mengabaikan rungutan lama dan bekerjasama dengan wakil rakyat Umno, dan menjayakan rancangan Anwar.

“Dah mulai rasa kuasa memang nak rasa lagi. Macam Raja Bersiong,” kata Shabery, merujuk kepada watak seorang raja yang ketagihan dalam lagenda masyarakat Melayu.

Terdahulu, Anwar, mendakwa mendapat “sokongan dan majoriti kukuh serta meyakinkan” daripada ahli Parlimen pelbagai parti untuk menubuhkan kerajaan baru.

Beliau mengumumkan akan menghadap Agong pada Selasa.



Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, berkata wakil rakyat parti Islam itu tetap menyokong Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin, sebagai perdana menteri.

PAS mengganggap isu sokongan majoriti itu “tindakan terdesak” individu yang “menangguk di air keruh” ketika kerajaan sedang urus masalah Covid-19.

“PAS sekali lagi amat yakin Agong tidak akan melayan tindakan ‘desprados’ ini, sebaliknya akan mengendalikannya berdasarkan peruntukan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan yang amat jelas,” katanya.

Sokongan maksimum 111 ahli Parlimen, Shabery cadang lancar ‘serangan Subuh’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker