Ingkar PKPD: 11 lelaki Afrika ditahan

Gombak: Sebelas lelaki Afrika dan tiga wanita tempatan ditahan polis kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 apabila berhibur sambil minum arak di sebuah premis di sini, kelmarin.

Mereka ditahan dalam serbuan disertai sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor serta Pegawai Penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang

Menurutnya, ketika pemeriksaan, pihaknya mendapati individu berusia 27 hingga 46 itu didapati berhibur sambil minum arak.

“Tiada penjarakan fizikal dan mereka tidak mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” katanya dalam kenyataan, hari ini.



Arifai berkata, selain itu, pihaknya turut menahan pemilik premis iaitu seorang wanita tempatan berusia 32 tahun dan lelaki warga Afrika berusia 38 tahun.

“Turut ditahan, lima pelayan wanita warga asing terdiri empat Filipina dan seorang Nigeria, berusia 22 hingga 30 tahun,” katanya.

Beliau berkata, semua individu terbabit direman antara tiga hingga 14 hari bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 55 (B) Akta Imigresen 1963, Peraturan 39(b) Peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1963.



“Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 15(1) (c) Akta Imigresen 1963 dan Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020,” katanya-HM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker