Usaha pasang poster cari jodoh berhasil akhirnya dan Aziro selamat bergelar suami

Sebelum ini,  tular di media sosial berkenaan seorang lelaki berasal dari Terengganu menggantung poster  ditengah jalan bagi mencari jodoh.

Nampaknya, usaha Nooraziro Abdullah, 35 atau lebih dikenali sebagai Aziro berhasil apabila dia selamat bergelar suami setelah menemui pasangan yang sepadan dengannya.

Selesai bernikah dengan kekasih hati

Menerusi muat naik di laman sosial Gegar, beberapa gambar Aziro yang segak berbaju pengantin bersama isterinya ketika upacara membatalkan air sembahyang telah tular.

Aziro telah selamat bergelar suami kepada kekasih pilihan hati dikenali sebagai Suhaibah atau Ibah, 33, berasal dari Kuantan.

Muka iras2 ni jodoh panjang

Sehubungan dengan perkongsian gambar-gambar tersebut, ramai yang menitipkan ucapan tahniah diatas pernikahan pasangan pengantin itu. Rata-rata mereka mendoakan agar Aziro dan Ibah kekal bahagia hingga ke Jannah.

Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah

Salah satu usaha mencari jodoh

Sumber: Gegar

Kredit : OhMyMedia

Pernah Tular Cari Jodoh Guna ‘Billboard’, Lelaki Dari Terengganu Ini Bakal Berkahwin Tidak Lama Lagi

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker