Semua sekolah di Sabah ditutup

Kementerian Pendidikan mengarahkan semua sekolah di Sabah ditutup bermula 10 Okt sehingga 25 Okt, memandangkan kes di negeri itu masih menunjukkan peningkatan.

“Dalam tempoh penutupan sekolah ini, pentadbir sekolah diarah memastikan guru-guru serta murid melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Sementara itu, bagi murid sekolah berasrama penuh di zon merah, dikehendaki kekal di asrama. Bagi murid di asrama sekolah di zon hijau pula, mereka yang rumah keluarganya di zon merah juga perlu kekal di asrama.

“Pihak sekolah akan menguruskan keselamatan dan kebajikan murid-murid berkenaan di asrama,” katanya.

Pada sidang media petang tadi, Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 354 kes baharu dalam tempoh 24 jam sebelum itu, menjadikan kes aktif sehingga petang tadi 3,863 orang.

Daripada jumlah kes baharu itu, 352 kes penularan tempatan, dengan Sabah mencatatkan kes tertinggi dengan 274 kes.

Keseluruhan kes aktif bagi Sabah setakat ini 2,010 kes, dengan Semporna melaporkan kes tertinggi sebanyak 489 kes, diikuti Kota Kinabalu 343 kes, dan Sandakan 200 kes.

Kementerian Pendidikan mengarahkan sekolah boleh ditutup tanpa menunggu penilaian risiko Kementerian Kesihatan jika terdapat guru atau murid disahkan positif. FMT

Pelajar sekolah rendah disahkan positif COVID-19

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker