Prabowo dapat jemputan ke AS

JAKARTA – Amerika Syarikat (AS) didakwa telah menarik balik sekatan ke atas Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto yang berdepan langkah itu akibat pelanggaran hak asasi manusia dan turut menjemput beliau ke Washington pada minggu depan.

Sebelum ini, bekas menantu pemimpin diktator Suharto itu dilarang mendapatkan visa AS pada 2000 kerana rekod buruk beliau berhubung isu hak asasi manusia

Prabowo didakwa mengarahkan penculikan aktivis demokrasi menjelang hari-hari terakhir era pemerintahan Suharto pada 1998 dan turut dituduh melakukan kekejaman di Timor Leste yang diduduki Indonesia selama 24 tahun.



Jurucakap beliau, Dahnil Anzar memberitahu Setiausaha Pertahanan AS, Mark Esper memberikan jemputan itu dan lawatan tersebut dijangka berlangsung pada 15 hingga 19 Oktober depan.

Seorang lagi pembantunya, Irawan Ronodipuro memaklumkan bekas jeneral tentera itu telah dikeluarkan daripada senarai hitam AS, namun beliau tidak memberikan butiran lanjut tentang perkara tersebut.

“Sekatan itu sudah ditarik balik dan beliau akan berkunjung ke Washington untuk membincangkan hubungan ketenteraan dan kerjasama dua hala,” jelasnya.

MPT Bersatu bermesyuarat malam ini, Dr M tiada dalam senarai jemputan



Sejak Prabowo menjadi Menteri Pertahanan pada tahun lalu, Subianto dikatakan membuat beberapa lawatan secara intensif untuk berunding tentang perjanjian pembelian senjata sebagai usaha memperkukuhkan pertahanan negara tersebut.

Sejak akhir-akhir ini, AS cuba mempengaruhi negara Asia Tenggara supaya melawan pengaruh China di rantau terbabit, namun Indonesia mengambil pendekatan secara berhati-hati kerana enggan terjerat dalam isu perebutan kuasa. – AFP

Pemuda Umno gesa Saifuddin jawab isu pelantikan Eric Paulsen



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker