Polis Sabah buru tujuh tahanan warga asing lari dari kuarantin

Share

Polis Sabah kini memburu enam pendatang haram warga Filipina dan seorang warga Indonesia yang melarikan diri ketika dikuarantin di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau di sini awal pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Peter Umbuas berkata kejadian itu pada awalnya membabitkan 14 tahanan namun tujuh daripada mereka telah berjaya ditahan semula.

Beliau berkata kesemua 14 tahanan sedang dikuarantin sementara menunggu keputusan saringan COVID-19.

“Pada 2 pagi tadi, seorang penyelia di dewan pergerakan PTS terdengar jeritan seorang anggota meminta tolong kerana mendapati dua tahanan memanjat pagar belakang Blok 4 dan melarikan diri.

“Ekoran itu, siasatan lanjut di bahagian tahanan lelaki di Blok 1 mendapati 14 lelaki melarikan diri, kesemua mereka merupakan tahanan PTS untuk dihantar pulang ke negara asal,” menurutnya dalam kenyataan di sini malam ini.

Peter berkata warga Filipina terbabit ialah Aidal Girol, 42; Basri Jumbli, 29; Mad Kadir Basir, 36; Dal Mujiral, 40; Talim Tipayan, 36, serta Jaladi Benedi, 38, manakala warga Indonesia ialah Anwar Awal, 35.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 223/ 224 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai insiden itu diminta menghubungi balai polis berhampiran. BERNAMA

Tujuh Pemuda DAP hentam Syed Saddiq

Leave a Reply