Kawalan diperketatkan di asrama pekerja Tropicana di PJ

Kawalan pergerakan di asrama pekerja Tropicana di sini diperketatkan susulan penularan Covid-19 yang membawa kepada penutupan Tropicana Golf Club & Country Resort.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob mengumumkan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bagi kawasan asrama itu selama 14 hari berkuatkuasa 12.01 tengah malam 12 Okt (Isnin) sehingga 25 Okt, bagi tujuan pengesanan kontak dan saringan.

“Jumlah penghuni terlibat sebanyak 500 orang,” katanya ketika sidang media hari ini.

Perkembangan ini selepas Kementerian Kesihatan mengesahkan terdapat kes positif Covid-19 melibatkan pekerja Tropicana Corporation Berhad.

Ismail juga mengumumkan PKPD ini tidak melibatkan kawasan sekitar kelab golf dan kawasan perumahan sekitar.

“Hanya asrama pekerja sahaja terlibat,” katanya.

Sementara itu, kerajaan juga bersetuju kompleks beli-belah One Utama di Bandar Utama, di sini, ditutup selama 7 hari bermula 12 Okt.

Penutupan ini bagi membolehkan proses saringan dan sanitasi dilaksanakan.

Perkembangan ini selepas kementerian memaklumkan kewujudan kes positif melibatkan pekerja di pusat beli-belah itu.

Pengumuman ini menyusuli makluman oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Petaling sebelum ini.

Pengerusi Johary Anuar memaklumkan One Utama dan kelab golf Tropicana Golf Club & Country Resort ditutup pada 11 Okt (Ahad) susulan penularan kes Covid-19.

Di One Utama, terdapat 4 kes positif yang dilaporkan, melibatkan 3 pekerja dan seorang pengunjungnya.

Manakala, di Tropicana Golf Club & Country Resort, 5 kakitangannya disahkan positif. FMT

https://mykmu.net/2017/01/07/kenapa-resah-perang-golf-sprm/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker