Jom undi online Belanjawan 2021

Share

Kementerian Kewangan (MoF) menyeru rakyat Malaysia membuat undian bagi menentukan perkara yang perlu diberi keutamaan oleh kerajaan dalam Belanjawan 2021.

Menurut kementerian itu, rakyat boleh menyatakan pendapat mengenai Belanjawan 2021 menerusi undian tersebut.

Jelas MoF, bagi kategori Meraikan Yang Memerlukan telah bermula 5 Oktober lalu dan bakal berakhir esok.

“Undilah kategori yang anda rasa paling penting. Sila mengundi melalui laman sesawang belanjawan2021.treasury.gov.my,” kata MoF menerusi ciapan di akaun Twitter rasminya hari ini.

Kategori Mencegah Pencemaran Alam Sekitar sebelum ini telah menerima bilangan undian yang tertinggi daripada rakyat dalam pengundian isu-isu berkaitan Belanjawan 2021 itu yang dijalankan antara 28 September hingga 4 Oktober lalu.

Susulan maklum balas diterima, MoF membuka kesemua kategori iaitu Meraikan Yang Memerlukan, Menangani Isu Sosial, Membudaya Masyarakat Penyayang dan Mengutamakan Aktiviti Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Komuniti ke Arah Kehidupan Berkualiti untuk rakyat mengundi.

Pengundian itu merupakan sebahagian daripada usaha MoF untuk mendalami dan memahami pandangan rakyat terhadap isu-isu kepentingan awam.

Hasil undian akan digunakan sebagai panduan dalam formulasi dan peruntukan dana bagi Belanjawan 2021 yang berteraskan rakyat. Sinar

MySalam: MoF perlu lebih telus

Leave a Reply