JAIS arah masjid ditutup selepas jemaah positif Covid-19

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memaklumkan Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang, ditutup kepada orang ramai susulan seorang jemaah yang hadir solat Jumaat pada 2 Oktober lalu didapati positif Covid-19.

Pengarah JAIS Mohd Shahzihan Ahmad turut memaklumkan penangguhan solat Jumaat, solat fardu 5 waktu dan aktiviti pengimarahan di masjid itu bermula waktu Asar 8 Oktober sehingga diberitahu kelak.

“Mengikut rekod, bilangan jemaah yang hadir solat Jumaat pada hari itu seramai 1,310 orang.

“JAIS menyeru kepada jemaah yang hadir solat Jumaat pada hari berkenaan di masjid itu segera melakukan saringan di klinik kesihatan berhampiran sekiranya bergejala atau melakukan kuarantin kendiri di rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shahzihan berkata, situasi tu juga akan dibincangkan lebih terperinci dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Penilaian dan Pengawasan SOP Masjid dan Surau.

“Mesyuarat itu akan menetukan keputusan selanjutnya mengenai kedudukan masjid ini dalam masa terdekat.

“Buat masa ini, JAIS hanya membenarkan 3 petugas dalam kalangan pegawai atau ahli jawatankuasa untuk mengumandangkan azan dan melaksanakan solat fardu. Kerja pembersihan dan sanitasi sudah dilaksanakan pihak pentadbir masjid hari ini,” katanya. FMT

Maruku tiada sijil halal, gaji Pati, premis kotor.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker