Dirogol Bapa Kandung dan 5 Orang Lelaki Dalam Keluarga Sendiri’

Siapa sangka, seorang insan bergelar bapa tergamak merogol anak kandungnya sendiri. Begitu lah kisah yang dikongsikan oleh Syed Azmi apabila seorang wanita menceritakan pengalaman hidupnya yang perit selepas dinodai bapa sendiri ketika usianya masih lagi kecil.

Lebih mengejutkan apabila wanita ini turut mendedahkan bahawa ketika usianya 5 hingga 15 tahun, dia telah dirogol oleh 6 orang lelaki dan 5 daripadanya adalah dalam kalangan ahli keluarga. Malah, dia dipaksa bernikah dengan perogol tersebut dan sehingga kini dia masih berstatus ‘gantung tak bertali’.

 

Ayah kandung rogol

‘Saya nak minta bantuan dengan tuan jika boleh, status saya masih berkahwin tapi gantung tak bertali. Saya tak bekerja hanya jaga anak saya seorang cuma harapkan duit teman lelaki, kalau dia bagi ada lah,tapi sekarang kami selalu gaduh dan saya tak dibagi belanja. saya nak minta bantuan RM50 untuk saya dan anak saya beli barang keperluan’.

Sebab ini kes baru jadi saya ambil masa untuk temuramah, ‘Pertama kali seingat saya, saya dirogol oleh ayah kandung sendiri masa berumur 4@5 tahun. Saya masih dapat ingat dan terbayang-bayang kejadian tetapi masa tu saya cuma diam tak melawan. Mungkin masa tu saya tak faham apa-apa lagi. Kemudian saya dirogol masa berumur 15 tahun. Umur 5 tahun ke 15 tahun saya pernah dirogol 6 orang lelaki dewasa. 5 orang darinya adalah kalangan keluarga sendiri malangnya family saya tak nak buat report.

 

Keluarga lelaki bagi 10k

Kali terakhir di rogol pada usia 15 tahun. Keluarga lelaki datang merayu pada family saya dan bagi duit rm10k, saya terpaksa ikutkan kata orang tua saya untuk berkawin hanya selama 3 bulan tapi sampai sekarang saya tak diceraikan dan saya tak kenal langsung pihak lelaki, keluarga saya lepas tangan. Saya tak tau macam mana nak buat tuntutan cerai harap tuan sudi dengar cerita saya. Disebabkan hal tu hidup saya bertambah masalah. Saya hanya belajar sampai tingkatan 2.

Apa jadi lepas kahwin umur 15 tahun? ‘Lepas nikah laki tu datang rumah ajak tinggal dengan dia sekali tapi saya tak nak sebab jadi benci kat dia. Kalau ikutkan saya kahwin dengan dia untuk lepaskan tuduhan merogol tu, kes ni saya sendri buat report. Family saya cakap kahwin 3 bulan macam tu cerai. Lepas 3 bulan suami saya tu tak ada cari saya, family saya pula terus lepas tangan padahal masa tu saya baru 15 tahun. Saya tak ikut dia balik lepas nikah, saya macam biasa teruskan hidup macam biasa rumah family saya. Dalam pada masa ni umur saya 16 tahun, saya kenal dengan seorang lelaki dan dia yang menanggung saya.

Saya berhubungan dengan dia sampai saya ada anak tak sah taraf  (usia saya waktu ni 24 tahun). Lelaki yang ni cina tapi dia convert muslim, tapi kami nak nikah tak boleh sebab saya masih lagi status isteri orang. Pernah juga saya seorang pergi pejabat agama tapi nak tanya fasakh tapi saya tak ada maklumat langsung, pernah bagi orang duit kononnya boleh uruskan tapi kena tipu. Sampai la sekarang benda ni tak settle lagi. Saya jaga anak saya berumur 5 tahun. Sekarang saya tak bekerja harapkan ayah dia bagi belanja, sebab tu saya cuba minta bantuan dari tuan.

Dirogol bapa tiri

Sepanjang saya kahwin kali pertama sehingga kini, kerja saya kerja kedai dvd-rm30 sehari, kedai makan tapi tukar-tukar tempat-rm30 ke rm35 sehari, cafe (dalam megamall) rm40 sehari. Boyfriend saya kerja mekanik dan beza umur kami 8 tahun.

Macam mana dengan keluarga belah boyfriend? ‘Family dia pun dh marah pada saya sebenarnya sampai dia tak balik sana lagi, puncanya sebab kami stay dengan adik dia tapi saya ajak pindah, biasa la di rumah orang cina ada makanan yang tak halal. Selain tu banyak pantang larang orang cina so saya terpikir sampai bila saya nak anak saya hadap semua tu, family dia dah salah faham dan kami tak berhubung lagi. Sebenarnya family dia baik sangat pada saya masa saya melahirkan pun mak dia yang jaga sebaik-baiknya’.

Kalau family awak pulak? “Ayah saya dah meninggal, mak ayah saya bercerai dan mak dah kawin lain. Ayah tiri saya pun pernah merogol saya, masa tu saya dan kakak nak report tapi mak saya ajak berbincang. Mak tak bagi report sebab kalau ayah tiri masuk penjara tak ada yang nak tanggung adik beradik yang ramai. Masa nie saya umur 12@13 tahun, sekarang mak saya dan ayah tiri dah tak sehaluan, mak saya tak berapa sihat ada dikampung dengan nenek dan pakcik saya”

Perancangan masa depan? “kalau boleh nak cari kerja yang boleh buat kat rumah. Bulan lepas ada cuba ambil barang dari kilang tapi uncle tu kata susah sikit sebab barang berat saya, saya angkut naik tingkat 5”. Kes ibu tunggal ini saya luluskan tapi isu asalnya walaupun perit tapi melalui gambar yang diberikan, dia cuba berdikiari sendiri dan saya nampak daripada gambar yang dihantar.

Sumber: Syed Azmi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker