Covid-19 : 374 kes hari ini dengan 3 kematian

Sebanyak 374 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan kes aktif yang dirawat di hospital 4,161 orang.

Sementara itu, 3 lagi kematian dilaporkan hari ini, dan 73 pesakit sembuh dibenar keluar hospital.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baharu itu, 372 penularan dalam negara dan 2 import.

Setakat ini, Malaysia merekodkan 15,096 kes Covid-19 dengan 10,780 daripadanya disahkan sembuh.

Beliau berkata, Sabah terus mencatatkan kes tertinggi hari ini dengan 277 kes, diikuti Selangor (44) Kedah (27).

Terkini #COVID19Malaysia 10 Okt 2020

Kes sembuh=73
Jumlah kes sembuh= 10,780 kes
Kes positif= 374
(kes import=2, kes tempatan=372)
Jumlah positif= 15,096 kes
Kes kematian= 3
Jumlah kes kematian= 155 kes
Kes dirawat di ICU= 73 kes
Bantuan Alat Pernafasan= 28 kes

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 6 kluster baharu dikesan, dengan 4 daripadanya di Selangor.

Empat kluster itu adalah Kluster Simera, Kluster Tasik, Kluster Utama, dan Kluster Bah Manggis, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Sabah dan Sarawak masing-masing mengesan 1 kluster baharu, iaitu Kluster Highway dan Kluster Taman Putra.

Berita lanjut menyusul

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker