Bayi 10 bulan maut diperkosa bapa durjana

MONTGOMERY: Seorang bayi berusia 10 bulan maut selepas diperkosa bapanya sendiri di Montgomery, Amerika Syarikat (AS).

Bapa kanak-kanak itu, Austin Stevens, 29, sudah ditahan dan berdepan beberapa pertuduhan yang bakal menyaksikan dia berada untuk tempoh lama di penjara.

“Sukar untuk membayangkan kematian kanak-kanak ini menjadi lebih trauma.

“Serangan seksual terhadap bayi adalah keji.

“Ia diburukkan lagi dengan tiada langsung usaha daripada ayahnya untuk menyelamatkan nyawanya sehingga menyebabkan kematian anak ini,” kata Steele kepada wartawan.

Anggota perubatan yang cuba menyelamatkan mangsa berkata setibanya di lokasi, bayi itu sedang memakai lampin yang dipenuhi dengan darah.

Bayi malang itu walau bagaimanapun disahkan meninggal dunia sejurus tiba di hospital.

Laporan autopsi menunjukkan bayi itu diserang secara seksual selain hentakan benda keras di kepalanya.

Sumber Facebook ericareneescruggs

Penyiasat yang meneliti sejarah carian internet pada telefon Stevens mendapati bapa durjana itu sempat mencari jawapan kepada persoalan di ‘Google’.

Ia termasuklah “bagaimana nak tahu jika bayi sudah mati”, “jika bayi itu berhenti bernafas”, “bagaimana jika anda tidak mendengar degupan jantung bayi” dan “bayi saya tidak bernafas”.

Stevens yang merupakan jurulatih bola sepak remaja mempunyai perjanjian hak penjagaan bayi dengan ibu kepada anak itu.

Dalam pada itu, Steele mengatakan kemungkinan Stevens boleh menjalani hukuman penjara seumur hidup- Awani

 

Lelaki ceroboh rumah, cuba rogol isteri orang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker