‘Bawa Laju Sangat!’ – Kereta Dihentam Teruk, Pemandu Maut Tinggalkan 3 Anak Kecil..-Al-Fatihah [ VIDEO ]

Di Facebook, viral satu rakaman video perakam (dashcam) melibatkan sebuah kereta  Perodua Myvi melanggar sebuah kereta Honda Accord sehingga menyebabkan pemandu Honda itu maut.

Dalam video itu menyaksikan pemandu Perodua Myvi tersebut memandu laju dan hilang kawalan. Lebih menyedihkan apabila mangsa dikhabarkan meninggalkan tiga orang anak masih kecil. Sedihnya.

Lelaki maut kemalangan tiga kenderaan

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kereta di Jalan Harimau Tarum berhampiran Plaza Pelangi, di sini pagi semalam.

Dalam kejadian pukul 8.30 pagi itu, Mohd. Rizal Buseri, 31, maut di tempat kejadian manakala Nur Fatin Nazrah, 23, dan Chang Ah May, 78, mengalami cedera ringan.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Nordatul Badrol Abd. Rahman, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan melibatkan tiga kereta jenis Honda Accord, Perodua Myvi dan Proton Saga berhampiran simpang empat di Plaza Pelangi.

Katanya, sebuah jentera FRT dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin dengan kekuatan keseluruhan seramai sembilan anggota telah
dihantar ke tempat kejadian sejurus laporan kecemasan diterima.

“Setiba di lokasi kejadian, pasukan keluaran operasi mendapati kereta jenis Honda Accord dipandu mangsa dalam keadaan terbalik dan mangsa tersepit di bahagian pemandu.

“Tindakan operasi mengeluarkan mangsa tersepit menggunakan peralatan khas
menyelamat hanya mengambil masa dua minit.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian setelah disahkan oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Nordatul Badrol berkata, mangsa diserahkan kepada pihak polis dan mangsa cedera diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan selanjutnya.

Operasi ditamatkan kira-kira pukul 10 pagi. – K! ONLINE

Laju betul Myvi

Kemalangan yang berlaku pada jam 8.26 pagi di persimpangan lampu isyarat jalan tersebut menyebabkan Myvi berkenaan terbalik selepas melanggar kereta Honda yang berada di laluan lain. Akibat hentakan terlalu kuat, bahagian kereta depan Honda itu remuk mengakibatkan pemandu terperangkap.

Menurut laporan Kosmo, pemandu Honda Mohd. Rizal Buseri berusia 31 tahun maut di tempat kejadian manakala yang lain mengalami kecederaan ringan. Dalam pada itu pihak Bomba mengesahkan pemandu Honda meninggal ditempat disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Di ruangan komen, beberapa individu luah rasa simpati kepada mangsa kerana dikhabarkan arwah masih mempunyai 3 orang anak masih kecil. Rata-rata berharap agar arwah mendapat pembelaan sewajarnya.

Tinggalkan 3 anak masih kecil

Kelajuan membunuh

Sumber : JB Tracer, Kosmo

Kredit: Oh Bulan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker