Warga mukim Klang boleh muat turun borang keluar kawasan dari FB polis

Orang ramai yang tinggal di kawasan dilaksanakan sekatan jalan raya di mukim Klang yang dikenakan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) mulai hari ini, perlu mendapatkan kebenaran polis untuk keluar kawasan bagi tujuan bekerja dan urusan penting.

Ketua Polis Selangor, Noor Azam Jamaludin, berkata borang kebenaran itu boleh dimuat turun di laman Facebook Polis Daerah Klang Selatan.

Pelaksanaan sekatan jalan diadakan di Bayu Perdana, Sri Andalas, serta Bukit Tinggi dalam mukim Klang.

“Untuk memudahkan orang ramai, pihak polis turut menyediakan sebuah balai polis bergerak di kawasan ini untuk mengendalikan borang kebenaran agar mereka tidak bersesak di balai polis berdekatan. Selain itu, mereka juga perlu mengemukakan borang daripada majikan untuk tujuan tersebut.

“Setiap permohonan, kami akan pertimbangkan sama ada ia merupakan perkhidmatan perlu atau tidak sebelum kebenaran diberi,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasan PKPB tengah malam tadi.

Turut hadir, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Shamsul Amar Ramli.

Azam amat berharap masyarakat memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa dalam usaha memerangi pandemik Covid-19.

Rabu lepas, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan, kerajaan mengenakan PKPB di zon merah iaitu Sandakan, Papar, Tuaran di Sabah dan Klang di Selangor, bermula 9 Okt susulan peningkatan kes Covid-19 di kawasan berkenaan.

Ismail dilaporkan berkata pelaksanaan PKPB adalah bagi membendung penularan Covid-19 di kawasan terbabit, selain bagi membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksana sepanjang tempoh 14 hari. Bernama

36 Kawasan Dalam Mukim Klang Terlibat PKPB telah bermula sekarang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker