Patuh SOP, jangan sampai kena rotan – Chong Wei

Bekas pemain badminton nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei menasihati rakyat negara ini agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) susulan peningkatan kes Covid-19.

“Kawan-kawan, kes semakin banyak. Ingat, mesti pakai mask (pelitup muka) bila keluar. Ikut SOP. Imbas (aplikasi) MySejahtera. Jangan sampai kena sebat,” kata bekas pemain nombor satu dunia menerusi entri di Facebook miliknya di sini.

‘Jangan sampai kena sebat’ dilihat merujuk kepada perutusan khas Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin berhubung peningkatan kes COVID-19 yang melanda negara ketika ini.

Perdana Menteri menegaskan hukuman akan dikenakan tanpa mengira pangkat dan darjat terhadap mana-mana individu yang melanggar undang-undang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pula memaklumkan jumlah kes COVID-19 di Malaysia menghampiri 14,000 kes apabila merekodkan 489 kes baharu semalam. MG

Chong Wei beri sumbangan kepada masjid

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker