Habuan wanita dan seks, goyangkan iman penguatkuasa

Gambar Hiasan

 

BANGI, 19 Safar 1442H, Rabu – Habuan seks adalah antara perkara utama yang diminta atau menjadi sogokan rasuah kepada pasukan keselamatan.

Penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim mendedahkan, sebelum ini  terdapat pegawai penguatkuasa undang-undang yang meminta rasuah dalam bentuk seks kepada wanita berikutan melakukan kesalahan.

Beliau mendakwa, jenayah rasuah bukan sekadar dalam wang malah wujud dalam bentuk barangan seperti tiket pelancongan, pangkat, pekerjaan serta diskaun harga tertentu seperti rumah bernilai bawah harga pasaran.

“Bila cakap mengenai rasuah, orang akan selalu berfikir berkaitan duit sahaja. Tapi intrepretasi bagi rasuah adalah besar.

“Ada juga rasuah dalam bentuk ‘bitcoin’, ‘crypto currency’, tapi ianya susah nak dibuktikan,” katanya ketika dihubungi pemberita, hari ini.

Pada masa sama, Kamal Affandi menyifatkan bahawa tidak adil untuk hanya menuding jari kepada penjawat awam dalam isu rasuah.

Beliau berkata, sekiranya kadar jenayah rasuah dalam kalangan penjawat awam lebih ramai daripada penjawat swasta, maka tumpuan perlu lebih diberikan kepada penjawat swasta.

Ini kerana katanya, kesedaran masyarakat untuk tampil ke hadapan bagi sektor-sektor swasta adalah terhad disebabkan statistik jenayah rasuah lebih ramai dalam kalangan penjawat awam.

“Sebab itu masyarakat memberi tanggapan hanya penjawat awam sahaja terlibat (rasuah).

“Kita pun sedia maklum jika seseorang mahu mengambil kontrak sesuatu projek, mereka perlu beri sedikit ‘insentif’,” dakwanya.

Skandal seks: Najib perinci pendirian bercanggah Dr M pada 1998 dan 2019 ( Video )

 

AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT

Dalam perkembangan sama, Kamal Affandi menggesa orang ramai supaya tidak gentar menjadi pemberi maklumat jenayah rasuah kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau berkata, negara ini mempunyai Akta Perlindungan Pemberi Maklumat yang melindungi para pemberi maklumat.

Bagaimanapun, katanya, pemahaman orang ramai yang takut untuk memberi maklumat adalah antara faktor isu rasuah di negara ini sukar dibendung.

“Mereka khuathir jika terpaksa pergi ke mahkamah, beri keterangan dan sebagainya, sedangkan ia tidak benar.

“Ada kes tertentu di mana kualiti maklumat tidak cukup, jadi mereka tidak akan dipanggil. Adakalanya mereka juga tidak akan dibawa ke mahkamah bagi melindungi keselamatan mereka,” katanya.

Selain itu, katanya, halangan mental turut menjadi kekangan dalam membasmi jenayah rasuah.

Beliau berkata, segelintir individu takut menjadi saksi sedangkan wujudnya Akta Perlindungan Saksi.

“Nama dan nombor kad pengenalan juga boleh ditukar sekiranya seseorang menjadi saksi.

Wan Fayhsal jangan melampau – Najib

“Kadang-kadang ada maklumat mereka takut nak bagi, jadi saya yang bagi maklumat. Akhirnya saya yang terpaksa ke depan, sebab mereka takut jadi saksi.

“Apabila kita berpegang kepada etika, kita tidak perlu takut. Kita yakin dan jangan takut kerana negara ada undang-undang sekiranya ada sebarang ugutan,” katanya.

Terdahulu, seramai 290 individu diberi perlindungan oleh SPRM di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 sejak tahun 2016 kerana bekerjasama menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan rasuah dan salah guna kuasa.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, di bawah akta itu keselamatan mereka dilindungi dan dijamin.

Dalam pada itu, Azam turut mengakui SPRM tidak terlepas berdepan kesukaran untuk mendapatkan maklumat kerana masih ramai yang takut untuk melaporkan kegiatan rasuah yang berlaku di sekeliling mereka.

“Antara faktor yang menyukarkan sesetengah individu berkongsi maklumat dengan agensinya berkemungkinan disebabkan takut dibuang kerja atau akan menjejaskan perniagaan mereka,” katanya.

Letak tangan atas dahi fikir kes rasuah anda, kata Khairuddin kepada Lim Guan Eng

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker