Cahaya di hujung terowong buat MAS

APAKAH yang akan berlaku sekiranya syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines (MAS) gulung tikar?

Inilah persoalan yang kini membimbangkan kira-kira 14,000 orang kakitangan yang bernaung di bawah syarikat penerbangan yang telah berusia 73 tahun itu.

Tahun 2019 merupakan tahun terbaik bagi syarikat tersebut apabila mencatatkan keputusan pendapatan bagi setiap tempat duduk tersedia untuk setiap kilometer (RASK) tertinggi dalam tempoh tiga tahun.

Syarikat itu turut mencatatkan peningkatan ketara operasi, melepasi sasaran prestasi mengikut masa pada 80 peratus dengan pencapaian sebanyak 83 peratus iaitu angka terbaik sejak 2015 manakala isu kendalian bagasinya bertambah baik kepada 5.6 beg bagi setiap 1,000 penumpang iaitu terbaik sejak lima tahun lepas.

Bagaimanapun, momentum positif itu tidak dapat diteruskan selepas pandemik koronavirus (Covid-19) melanda seluruh dunia pada awal tahun lalu.

MAS sekali lagi berdepan dengan jalan penuh berliku apabila syarikat berkenaan mengumumkan akan melaksanakan proses penyusunan semula operasi kecemasan dengan mengkaji semula rancangan perniagaan jangka panjang (LTBP) bagi kekal relevan dan memastikan kelangsungan syarikat tersebut.

Ini meletakkan MAS dalam kedudukan yang pernah dilalui pada 1 September 2015 yang menyaksikan syarikat itu telah diberikan bantuan kewangan daripada kerajaan dan dilancarkan semula serta bernaung di bawah sebuah syarikat induk di kenali sebagai Malaysia Aviation Group (MAG).

https://mykmu.net/2017/10/23/kantoi-bohong-lagi-bila-warga-emas-itu-mahu-minta-maaf-pada-pm/

Keadaan itu menyebabkan seramai 6,000 orang kakitangan terpaksa diberhentikan ekoran daripada penstrukturan yang dibuat pada ketika itu.

Pampasan dan kemudahan yang disediakan untuk kebajikan kakitangan yang tidak lagi berkhidmat dan yang masih kekal dalam MAS menelan belanja RM1.5 bilion.

Untuk rekod, kerajaan terpaksa membelanjakan sebanyak RM19.2 bilion sejak tahun 2001 hingga 2014 bagi memulihkan MAS akibat kegagalan penswastaannya pada tahun 1990-an.

Syarikat itu mencatat kerugian lebih daripada RM4.9 bilion sejak permulaan tahun 2011. Dengan penubuhan MAB yang juga sebuah entiti yang lebih kecil, hanya dapat menampung kira-kira 14,000 pekerja pada ketika itu.

Usaha memulihkan MAS terus dilakukan, namun kemunculan Covid-19 mengakibatkan semua syarikat penerbangan berdepan dengan masalah.

Antara yang diisytiharkan muflis ialah syarikat penerbangan terbesar Britain, Flybe dan syarikat penerbangan terbesar Amerika Latin, LATAM.

Ada beberapa pihak berpendapat tiga perkara yang boleh menyelamatkan MAS daripada kemelut ini. Pertama, vaksin Covid-19 dapat ditemui dalam tempoh terdekat.

Kedua, langkah penyusunan semula yang sedang dijalankan mencapai kejayaan. Ketiga, kerajaan sekali lagi menyuntik modal bagi memastikan syarikat itu terus hidup.

MAS adalah aset negara yang sangat penting dan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.

Hina nabi: Wanita UMNO Pasir Mas tempelak kerajaan PH

Syarikat itu memberikan perkhidmatan penerbangan ke lebih daripada 50 destinasi di seluruh dunia dan mengendalikan lebih daripada 300 penerbangan sehari.

MAS turut menawarkan sambungan yang terbaik dengan perjalanan yang lancar ke lebih 1,000 destinasi di lebih 150 buah negara dan akses kepada lebih daripada 650 buah ruang istirahat lapangan terbang di seluruh dunia.

Armada syarikat penerbangan ini terdiri daripada enam pesawat Airbus A380-800, 15 pesawat Airbus A330-300, dan 54 pesawat Boeing 737-800.

Pasti ada pihak tidak akan bersetuju jika MAS dibiarkan terkapai-kapai dalam kelemasan.Tindakan memufliskan MAS bukan satu pilihan terbaik kerana ia akan memberikan imej buruk kepada kerajaan.

Kita mengharapkan masih ada cahaya di hujung terowong buat MAS untuk terus melebarkan sayap dan membawa nama Malaysia ke persada dunia.

*Junhairi Alyasa ialah Penolong Pengarang Pengisian Berita Sinar Harian

Tengku Zafrul ada hubungan keluarga dengan Muhyiddin?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker