Bapa sanggup korbankan anak dari pecahkan cermin kereta

LAS VEGAS – Seorang bapa di Las Vegas ditangkap selepas dia enggan memecahkan tingkap kereta baharunya bagi menyelamatkan bayi perempuannya berusia setahun yang kemudian meninggal dunia di dalam kenderaan itu, kata pihak berkuasa.

Menurut akhbar New York Post yang memetik Las Vegas Sun semalam, bapa itu, Sidney Deal, 27, mendapatkan bantuan daripada beberapa pegawai polis selepas dia meninggalkan anaknya itu, Sayah Deal di dalam kereta pada waktu tengah hari dalam keadaan cuaca panas dengan kunci kenderaan tersebut berada di dalamnya.

Bagaimanapun, pegawai polis mahu tingkap cerminnya dipecah, memanggil trak tunda atau mendapatkan pertolongan daripada seorang tukang kunci tetapi ditolak oleh Deal yang kemudian menghubungi seorang saudara kandung lelakinya, kata polis.

Saudara kandung lelaki itu menyatakan dia menerima panggilan daripadanya dan menyatakan dia secara tidak sengaja mengunci Sayah di dalam kereta yang didakwa Deal bahawa alat penyaman udaranya sedang berfungsi, lapor stesen berita KVVU.

Lelaki Ini Sanggup Panjat Tingkap Hospital Untuk ‘Lawat’ Insan Yg Istimewa Buat Ramai Sebak

Stesen berita itu melaporkan, Deal juga menghalang saudara lelakinya itu daripada memecahkan tingkap berhampiran Lebuh Martin Luther King kerana tidak mempunyai wang untuk memperbaiki tingkap tersebut dan meminta dia menghubungi ibu mereka bagi meminta syarikat insurans menghantar seorang tukang kunci.

Kekasih Deal juga memberitahu polis bahawa dia menghubungi sebuah syarikat insurans tersebut tetapi teman lelakinya itu tidak bersetuju dengan harga yang ditawarkan bagi penghantaran sebuah trak tunda, lapor Leas Vegas Sun.

Bagaimanapun, pegawai polis kemudian bertindak memecahkan cermin tingkap kereta itu dan membawa keluar bayi perempuan tersebut yang didapati meninggal dunia di tempat kejadian, kata polis.

Pihak berkuasa menyatakan, Sayah dipercayai terperangkap di dalam kereta itu lebih satu jam.

Deal kemudian ditahan di Pusat Tahanan Daerah Clark atas dakwaan penderaan atau memudaratkan bayi, lapor akhbar tersebut.

Dia ditahan dengan bon jaminan sebanyak AS$20,000 (RM83,110). – Agensi

“Deal baharu”, Mahathir Setuju Anwar TERAJUI Putrajaya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker