“Apa masalahnya baju oren?” – Azam

KUALA LUMPUR – Orang ramai diminta menghentikan polemik berhubung pemakaian ‘baju oren’ kepada Orang Kena Tuduh (OKT) yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Pengarah SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, perkara itu tidak sepatutnya dijadikan isu kerana pemakaian baju oren adalah untuk membezakan individu sama ada OKT ataupun orang awam.

“Saya nak bertanya juga kepada yang bertanya. Apa masalahnya baju oren ini. Jabatan polis juga pakai baju ungu. Tak ada pun isu.

“Perkara-perkara sebegini pada saya tak sepatutnya menjadi satu polemik. Kami menjalankan tugas dengan telus dan berkesan,” katanya dalam wawancara melalui macc.fm.

Mengulas lanjut Azam berkata, individu yang ditahan dan dimasukkan ke lokap SPRM perlu memakai baju berwarna oren bagi menunjukkan mereka adalah tahanan selain mengelak risiko OKT itu daripada hilang atau melarikan diri.

Bagaimanapun, jika OKT itu dibawa ke mahkamah pula, pemakaian baju oren adalah bergantung kepada pegawai penyiasat yang mengendalikan kes dengan melihat faktor-faktor tertentu termasuk keperluan untuk memakaikan baju itu kepada OKT SPRM.

“Kalau saya nak fikirkan satu juta pendapat boleh ke tak boleh, susah saya nak jawab.

“Jadi, kami diberikan kuasa dan amanah dan saya rasa cara terbaik saya ambil jalan tengahlah memenuhi pihak yang diluar sana yang bercakap tentang human right dan sebagainya.

“Saya rasa human right, human right juga tapi kamu kena fikir sama hak orang ramai. Bagi kami yang menjalankan tugas ini perlu difikirkan juga. Mereka mahu kami menjalankan tugas dengan baik dan berkesan,” ujarnya. – MG

Related Articles

One Comment

  1. Mereka itu cuma mencari isu utk war2kan agar nampak ada ‘kerja’ serta bg mendapatkan popularity murahan. Human right juga ada batasnya bkn boleh ambil secara pukal. Kita jg kena fikir hak2 org sekeliling. Tindakan yg di ambil oleh SPRM itu adalah SOP mereka – mengenakan baju Oren bg OKT. Justeru itu, Tak payah lah nak bising2, kalau malu nak pakai baju Oren usah buat kerja Tak betul. Kan mudah…

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker