Setiausaha Pas Sabah disenarai ADUN

Share

KOTA KINABALU – Setiausaha Pas Sabah, Dr Aliakbar Gulasan antara yang disenaraikan enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik di Sabah.

Perkara itu turut dikongsi oleh Timbalan Pesuruhjaya Pas Sarawak, Muhtar Suhaili di Facebook beliau dan turut mengucapkan tahniah kepada Aliakbar.

Beliau berkata, Aliakbar dijadualkan menerima Watikah daripada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri Kota Kinabalu pagi ini.

Dalam hantaran sama beliau memperkenalkan Aliakbar yang berusia 49 tahun dan berasal dari Tenom diamanahkan sebagai Setiausaha Badan Perhubungan Pas Negeri Sabah.

“Beliau juga pernah diamanahkan sebagai Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Pas Pusat pada sesi 2015 hingga 2017.

Kenyataan Pimpinan PAS menyebabkan PAS terpinggir di Sabah dan Sarawak – Dr Aliakbar Gulasan

“Berkelulusan Sarjana Muda Sastera dan Sains Sosial (Kepujian) (B.A Hons) dari Universiti Malaya (UM) dan Sarjana Pengurusan Alam Sekitar serta peringkat doktor falsafah (PhD) Geografi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),” katanya.

Selain itu, dari sudut kerjaya, Muhtar berkata, Suhaili merupakan mantan Pensyarah Kanan di Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah (UMS).

“Aliakbar juga diamanahkan sebagai Pengerusi Lembaga Koko Malaysia (LKM) dan sebelumnya turut bersama saya sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC).

“Saya kenali beliau sebagai seorang yang tenang dan sangat tersusun dalam bekerja. Beliau banyak berperanan menggerakkan Pas Sabah selain bersama-sama Pas Sarawak merencana agenda siyasah (politik), dakwah dan tarbiyah di Borneo,” katanya.

Negara susah tetapi membazir untuk Anwar – Pas

One thought on “Setiausaha Pas Sabah disenarai ADUN

  • October 9, 2020 at 17:22
    Permalink

    Apa punya kerajaan, sebuk sangat lantik Adun. Jaga rakyat dulu…

    Reply

Leave a Reply