Sekatan jalan di Bukit Tinggi dan Taman Sri Andalas Klang

Polis Klang Selatan akan mengadakan sekatan dan penutupan beberapa jalan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan berkuatkuasa esok.

Ia meliputi sekatan jalan di Persiaran Pegaga (Berhadapan Restoran Subaidah) dan Jalan Kim Chuan (Berhadapan 99 Speedmart) serta penutupan Jalan Batu Unjur 9, jalan masuk berhadapan kedai elektrik Onking Chain-Store Sdn Bhd dan lorong masuk berhadapan Kedai Motosikal Wisfatt di Bukit Tinggi Klang.

Sekatan jalan raya juga akan dilakukan di persimpangan masuk dan keluar Jalan Tun Dr  Ismail di Taman Sri Andalas manakala jalan berhadapan Masjid Ar  Rahimiah, Jalan Sri Siantan, Jalan Sri Siantan 41 dan Jalan Sri Damak 53 akan ditutup.

 

Klang dan 3 daerah di Sabah kena PKPB – Ismail Sabri

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Shamsul Amar Ramli berkata, orang ramai yang ingin keluar dan masuk ke kawasan Bukit Tinggi (Bayu Perdana, Flat Sri Angkasa, Apartment Vista Bayu dan Bayu Villa) dan Taman Sri Andalas dinasihatkan mendapatkan surat kebenaran dari Polis Diraja Malaysia.

Menurutnya balai polis bergerak disediakan di dua lokasi tersebut.

“Tiada keperluan surat kebenaran atau permit khas bagi tujuan keluar atau masuk ke lain-lain kawasan di daerah Klang setakat ini (tertakluk kepada perubahan semasa).

“Masyarakat dinasihatkan agar sentiasa mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Tindakan kompaun akan dikenakan sekiranya terdapat ketidakpatuhan kepada SOP PKPB,” katanya dalam satu kenyataan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan boleh menghubungi bilik gerakan Op Covid-19 di talian 03-33762400.

Terdahulu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata PKPB akan dilaksanakan di mukim Klang mulai tengah malam ini selepas mendapat nasihat daripada kementerian kesihatan.

PKP bersyarat bukan tiket untuk orang ramai bergerak bebas – KPN

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker